SETIAP orang mempunyai cara masing-masing untuk mengisi masa lapang. Bagi penghibur terkenal Jamal Abdillah, berjoging menjadi pilihan kerana selain mudah dilakukan ia amat bagus bagi membantu�nya mengekalkan kecergasan terutama ketika beraksi dalam tempoh agak lama dalam sesebuah persembahan.
Bagaimanapun, aktiviti ini tidak selalu dapat dilakukan dek kerana kesibukannya. Untuk itu, Jamal ada pilihan lain bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya. Mungkin agak berbeza daripada kebiasaan tetapi penyanyi berusia 53 tahun ini mengakui suka berkunjung ke rumah orang-orang tua untuk melihat keadaan mereka serta menghiburkan penghuni di situ.
Perkara ini bukan sekadar cakap kosong kerana ketika mengadakan persembahan pada Konsert Mutiara Kasih anjuran SNZ Event Management di Johor Bahru pada pertengahan Februari lalu, Jamal sudi meluangkan masa melawat penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.
Sudah biasa dengan pendekatan ini, bapa kepada Osama Yamani, 10 dan Ahmad Zaki Yamani, 6, ini dilihat tidak kekok langsung ketika melayan bermacam kerenah penghuni rumah kebajikan yang ditubuh�kan oleh pengasasnya, Ir Md Sharipin Shahlan sejak 2007 lagi. Bahkan lagak Jamal seperti pakar psikologi apabila berinteraksi dengan sebahagian penghuni di situ.
Puas berceloteh, mereka memintanya menyanyi dan sebagai menunjukkan sikap mesranya, Jamal mendendang�kan dua lagu iaitu Barang Yang Lepas Jangan Dikenang dan Seroja. Nyanyiannya yang penuh perasaan ini meruntun emosi mereka sehingga ada yang menangis.
“Kenapa menangis? Kalau boleh saya nak tengok semua orang gembira. Jangan menangis kerana mengenangkan perkara lalu. Yang lepas biarlah lepas dan jangan dikenang,” katanya menunjukkan lagak bagaikan seorang pakar motivasi yang membakar semangat penghuni di situ.
Kunjungan Jamal bukan sekadar hanya untuk menghibur. Tetapi turut membawa berita gembira apabila dia menyampaikan sumbangan daripada penganjur konsertnya buat Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Lebih dari itu, dia tidak lokek apabila sanggup me�ngeluarkan duit poket sendiri untuk memberikan sumbangan peribadi.
“Saya berasa gembira dapat menyumbangkan lagu dan menghulurkan derma buat tuan puan, pakcik dan makcik semua. Saya suka apabila tengok apabila ada yang senyum hari ini,” katanya.
Selain daripada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan sendiri, majlis ini turut mengundang kanak-kanak dari Sekolah Tahfiz Anak-Anak Yatim, Sri Purnama, Pandan. Mereka juga menerima sumbangan yang disampaikan oleh penganjur.
“Untuk adik-adik yatim piatu, abang doakan supaya anda semua berjaya dunia dan akhirat. Abang harapkan anda doakan juga kejayaan abang. Syarat untuk kita menerima ialah kita perlu memberi dulu,” tambah Jamal penuh makna.
Kalau ikutkan perancangan asal, Jamal sebenarnya mahu menyinsing lengan mengadakan gotong royong membersihkan tempat itu bersama penghuninya. Bagaimanapun selepas melihat keadaan sekeliling Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang kemas dan teratur, hasrat itu terpaksa dibatalkan.
Bagaimanapun sebagai ganti, Sharipin membawa Jamal meninjau keadaan sekeliling pusat jagaan itu. Dia dibawa melihat reka bentuk bangunan baru yang akan dibangunkan bagi menggantikan bangunan sedia ada yang dilihat sudah tidak mampu menampung jumlah penghuni yang bertambah.
Selain itu, Jamal juga dibawa melihat pelbagai jenis sayuran yang diusahakan oleh penghuni sebagai menambah pendapatan. Sepanjang berada di situ, Jamal kelihatan gembira biarpun cuaca agak berbahang kerana matahari semakin meninggi.
Mengambil kesempatan berada di Johor, Jamal turut menganjurkan pertandingan Misi Mencari Pengganti Jamal Abdillah Peringkat Johor Bahru yang berlangsung di Plaza Angsana pada sebelah malamnya. Sambutan yang diterima daripada peminatnya sangat menggalakkan. Bagaimanapun, selepas uji bakat yang dijalankan selama dua hari, hanya 10 orang berjaya terpilih ke pertandingan akhir.
Mereka ialah Nor Ilmie Nazaruddin, Mohd Nizamuddin, Mohd Nor Ibrahim, Mohd Hafiz, Roslee Jalil, Maarof Yusope, Mohd Amran Harun, Zaruddin Rahman, Zulkarnain dan Muham�mad Wazini.
Tuah menyebelahi Mohd Amran yang mendendangkan lagu Derita Cinta apabila terpilih sebagai juara, diikuti oleh Nor Ilmie dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir yang menduduki tempat kedua dan Muhammad Wazini yang me�nyampaikan lagu Kasihnya Ibu di tempat ketiga.
“Semua peserta yang bertanding bagus-bagus belaka. Saya nak berkongsi tip bagaimana nak jadi penyanyi yang bagus. Sekurang-kurangnya kamu ada pengetahuan me�ngenai muzik dan lebih bagus kalau boleh bermain gitar. Ini boleh membantu memantap�kan nyanyian kamu,” katanya mengulas persembahan ‘klon�nya’ malam itu.
Sebagai tanda terima kasih di atas sokongan peminat, penyanyi bergelar Raja Pop ini tidak ketinggalan menyampaikan dua buah lagu bagi menghiburkan mereka. Ternyata, walaupun hanya dua lagu, nyanyian Jamal begitu memukau sehingga mendapat tepukan gemuruh semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment