Jom Buat Duit

Sunday 8 January 2012

Os tak yakin ada tawaran berlakon



KALAU CAK di tempat Os, sudah lama CAK berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri untuk menyara kehidupan keluarga.
Namun lain pula pelakon dan pelawak yang baru saja menjuarai program Maharaja Lawak Mega (MLM) ini yang akan meneruskan kerjanya sebagai pemandu teksi.

Alasan Os, dia tidak akan menunggu sebarang tawaran untuk berlakon kerana bidang ini tidak memberikan jaminan. Sebelum ini, Os dikatakan tidak mendapat tawaran berlakon lalu mencari inisiatif menjadi pemandu teksi supaya dapat menanggung perbelanjaan keluarganya.
Ternyata kemenangannya bergandingan dengan Abon menerusi gelanggang itu membuktikan kehadirannya dalam industri seni masih releven walaupun semakin ramai pelawak mewarnai bidang ini.

CAK turut bangga dengan keputusan Os yang ingin meneruskan pekerjaannya tanpa mempunyai rasa malu. CAK yakin sesetengah artis pasti malu dan tidak mahu dilihat peminatnya dalam keadaan seperti itu.

Tidak dinafikan, gandingan dua pelawak tanah air itu berjaya membuat penonton geli hati dan tidak kering gusi dengan telatah mereka.
CAK gembira kerana dibesarkan dengan kehadiran dua pelawak itu yang tidak pernah bosan dan merajuk ketika berdepan pelbagai rintangan sebagai anak seni.

Orang seperti inilah yang diperlukan industri kita. Sangat komited dengan kerjaya dan bukan mencari ‘glamor’ semata-mata seperti sesetengah selebriti yang pada awal kemunculannya mengatakan mereka muncul di persada seni disebabkan minat tetapi lama-kelamaan mula tunjuk taring apabila semakin ‘demand’.
Yang menyedihkan, ketika diajukan soalan mengenai ura-ura mereka akan ditawarkan berlakon dalam sebuah filem, dalam nada rendah Os berkata, dia dan Abon bersyukur jika cerita itu benar, namun Os tidak yakin ada pengarah atau produser mahu mengambil mereka yang ‘koyak’ untuk berlakon dalam filem berskala besar.

CAK turut berharap khabar angin itu benar kerana pada pandangan peribadi, mereka sangat bagus berlakon, tambahan pula ramai peminat industri seni pada masa kini menyukai cerita komedi.

Ramai artis senior harus diberi peluang muncul di layar perak. Bukan pelakon baru tak bagus, tapi yang lama juga jangan dilupakan kerana CAK yakin ramai merindui kehadiran mereka.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters