Jom Buat Duit

Saturday 28 January 2012

Gingrich mahu bina pangkalan di bulan



CALON-CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bertanding bagi mewakili Parti Republikan ialah Rick Santorum (kiri), Newt Gingrich (dua dari kiri) Mitt Romney (tiga dari kiri) dan Ron Paul yang berdiri semasa lagu kebangsaan AS diperdengarkan pada satu acara perdebatan di Jacksonville, Florida kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Calon utama pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Newt Gingrich mencetuskan perdebatan dengan mendakwa beliau akan membina sebuah pangkalan di bulan menjelang 2020 jika terpilih sebagai Presiden AS.
Beberapa pakar memandang sinis terhadap idea pemimpin berusia 68 tahun itu dengan menyatakan ia hanya satu jenaka.

Namun, idea beliau bukan sesuatu yang mustahil.
Pada 2006, Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan pelan untuk mewujudkan koloni manusia di kutub selatan bulan sekitar tahun 2020 sebagai pangkalan untuk menjelajah sistem solar.

"Saya tidak mahu menjadi negara yang pertama sampai ke bulan tetapi kemudian berpaling seraya berkata, ini tidak penting, biar sahaja China mendominasi angkasa lepas, kita peduli apa?" kata Gingrich kelmarin semasa beliau mempertahankan rancangannya dalam satu debat Parti Republikan.
Selain Gingrich, turut bertanding untuk menjadi calon tunggal Presiden AS pada pilihan raya November depan daripada parti Republikan ialah bekas senator AS, Rick Santorum, bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney dan anggota perwakilan yang mewakili Texas, Ron Paul.
Salah seorang daripada mereka yang menang dalam pemilihan Parti Republikan yang dijangka berakhir sebelum pertengahan tahun ini akan menentang Presiden Barack Obama yang mewakili Parti Demokrat. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters