Jom Buat Duit

Friday 27 January 2012

Keith Urban - Diam lebih baik




BUKAN sekadar tidak dibenarkan menya�nyi atau mengadakan apa-apa persembahan, malah penyanyi Country terkenal, Keith Urban turut tidak dibenarkan untuk bercakap dalam tempoh dua bulan selepas menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada peti suaranya.
Keith atau nama sebenarnya Keith Lionel Urban menjalani pembedahan sekitar November lalu selepas mengalami masalah yang agak serius pada peti suaranya.
Selepas mengesan adanya ketumbuhan, penyanyi berusia 45 tahun itu terpaksa berdepan dengan proses pengasingan ketumbuhan yang memaksanya untuk berehat untuk seketika daripada menyanyi.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Long Hot Summer itu bagaimanapun dilaporkan sihat dan kini sedang berehat sehingga Februari depan.
Menariknya sepanjang tempoh berehat dan hanya duduk di rumah tanpa memegang gitar atau mikrofon, Keith mula melihat hidupnya dari perspektif yang berbeza.

Menyifatkan tempoh rehat yang ada sebagai ruang terbaik baginya dekat dengan
anak kesayangannya, Sunday Rose yang kini berusia tiga tahun, penyanyi kelahiran Australia itu bagaimanapun mula menyedari yang orang sekeliling dan manusia sebenarnya terlalu banyak bercakap.

Jelasnya kepada Reuters dalam sebuah temu bual, Keith menganggap ada kalanya diam tampak lebih berharga dan mampu menterjemah penyelesaian dengan lebih baik.

“Apabila saya memerap di rumah dan menghabiskan masa bersendiri berehat, saya sedar akan sebenarnya kita terlalu banyak bercakap dan melakukan bunyi-bunyian menerusi perbualan setiap hari. Bayangkan, terlalu ba�nyak suara dan kata-kata yang dituturkan dalam setiap perbualan serta di kaca televisyen.

“Saya mula terfikir mengapa harus kita bercakap dan terlalu banyak memberi pandangan sedangkan jika tidak meletak sepenuh fokus untuk bersembang saja, kita masih mampu mencapai apa yang ingin disampaikan,” selorohnya.

Selain itu, Keith turut mengakui apabila dirinya sendiri kurang berkomunikasi, sistem pendengarannya pula yang bertambah baik.

“Mungkin kerana kurang bercakap dan kini saya lebih diam kerana dinasihatkan doktor, saya perasan yang deria pendengaran saya pula bertambah baik,” tambahnya.

Menyentuh soal anak kesayangannya hasil perkahwinan bersama aktres terkenal, Nicole Kidman, Keith berkongsi kisah lucu yang mencuit hatinya.

“Rutin harian sebagai seorang bapa adalah membacakan buku kepada Sunday Rose setiap malam sebelum dia tidur. Itu adalah tanggungjawab saya dan satu-satunya ruang buat kami berdua duduk bersama di atas katilnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters