Jom Buat Duit

Tuesday 31 January 2012

Filem The Help bolot tiga anugerah



FILEM The Help membawa pulang tiga anugerah tertinggi pada acara tahunan Screen Actors Guild Awards yang ke-18 yang berlangsung di Los Angeles, malam Sabtu lalu.
Tiga kategori itu, Persembahan Filem Terbaik, Persembahan Terbaik Pelakon Wanita di dalam Filem menerusi lakonan hebat Viola Davis dan Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu Wanita (Filem) untuk Octavia Spencer.

Menerusi majlis Anugerah Golden Globe, baru-baru ini, Octavia turut mengungguli kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan dia amat gembira dengan kemenangan bergandanya.

“Saya terkejut dan tidak menyangka sekali lagi menang untuk kategori sama namun menganggap kemenangan ini sebagai lambang dedikasi sepanjang menjayakan filem berkenaan,” katanya.
Pada acara gilang-gemilang itu, selain Octavia terus mengekalkan pretasi di Golden Globe adalah Jean Dujardin apabila menang Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki di dalam Filem.

Meskipun kebanyakan pemenang bagai sudah dijangka, memandangkan mereka yang bertanding adalah wajah penerima anugerah di Golden Globe, minggu lalu, namun tetap ada perubahan dan keputusan yang mengejutkan berlaku.

Bagi kategori Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki, Christopher Plummer, yang beraksi melalui filem Beginners, mendominasi kategori berkenaan.

Persembahan Terbaik Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita bagi drama bersiri, dimenangi Alec Baldwin (gambar) menerusi ‘30 Rock’ dan Betty White Hot In Cleveland.

Kate Winslet, yang tidak hadir pada majlis penganugerahan� itu diumumkan sebagai Persembahan Terbaik Pelakon Wanita dalam Telefilem untuk peranannya dalam drama Mildred Pierce.

Paul Giamatti, diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki dalam telefilem melalui karya ‘Too Big to Fail’ juga tidak dapat hadir untuk meraikan kemenangannya.

Jessica Lange yang cukup memikat menerusi drama bersiri American Horror Story diumumkan Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Drama sementara Steve Buscemi yang cemerlang menerusi Boardwalk Empire mengungguli kategori lelaki.

Drama bersiri Boardwalk Empire turut diumumkan sebagai Persembahan Terbaik Drama.

Sementara itu, untuk kategori aksi Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 diumumkan pemenang Persembahan Terbaik Lagak Ngeri kategori Filem manakala Persembahan Terbaik Lagak Ngeri TV dimenangi Game of Thrones.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters