Jom Buat Duit

Sunday 29 January 2012

Shahid kapoor rehat



JIKA pelakon lain suka mencanang mereka sibuk menyiapkan banyak projek, berbeza pula dengan pelakon Bollywood ini, Shahid Kapoor, 30, yang mengaku tiada sebarang pekerjaan selepas selesai penggambaran Teri Meri Kahaani.
Shahid yang turut digandingkan dengan Priyanka Chopra mengatakan, dia menunggu tawaran berlakon kerana kerjaya itu adalah satu-satunya punca rezeki untuk menyara kehidupannya dan keluarga.

“Sekarang ini saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan mungkin menghabiskan masa berehat di rumah dan menunggu jika ada produser yang berminat mengambil saya berlakon. Saya juga mungkin akan mencari pekerjaan sampingan untuk menampung kehidupan saya sekarang,” katanya.
Mula aktif dalam lakonan sejak 2003, bintang kelahiran New Delhi itu mula menempah nama menerusi filem Ishq Vishk. Langkah kakinya dalam bidang seni bermula ketika menjadi penari latar dalam filem Taal menyebabkan Shahid mengambil keputusan untuk menjadi pelakon. Walaupun Shahid kini berehat, katanya, peminat tidak perlu kecewa kerana pada pertengahan tahun, filem yang menampilkannya sebagai teraju utama akan mula ditayangkan.

Shahid tidak akan mensia-siakan masa yang ada ini untuk meluangkan masa dengan keluarga untuk membayar kesibukannya sebagai artis sebelum ini. Menggunakan masa itu sebaik mungkin, Shahid suka mengajak keluarganya makan di restoran dan melawat tempat menarik di sekitar India. Sebelum kembali di tempat penggambaran, Shahid akan pastikan dia menghabiskan masa dengan keluarganya.

“Sudah lama saya tidak duduk dan bergurau dengan keluarga. Kadang-kadang saya akan mungkir janji dengan mereka sebab itu saya bersyukur juga apabila mempunyai masa senggang seperti ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters