Jom Buat Duit

Monday, 30 January 2012

Demi Moore derita



DEMI MOORE


RUPA-RUPANYA penderitaan yang dialami Demi Moore selepas berpisah dengan suaminya, aktor Ashton Kutcher memang begitu berat. Terkini, Demi Moore terpaksa dikejarkan ke hospital kerana penyalahgunaan ubat-ubatan.

Menurut laporan Dailymail, penyebab Demi Moore dimasukkan ke hospital disebabkan anoreksia dan penyalahgunaan ubat-ubatan.

Ketika ini, aktres berusia 49 tahun itu dikhabarkan sedang menjalani rawatan intensif untuk memulihkannya dari anoreksia dan pengaruh ubat di dalam tubuhnya.

"Dia pengsan selepas mengalami kekejangan. Dia memang tidak menjaga kesihatannya sejak akhir-akhir ini sehingga berat badannya menurun secara drastik. Demi sedang menjalani rawatan anareksia dan pelbagai perkara lain yang menyebabkannya kekejangan," ujar salah satu sumber yang terdekat dengan aktres itu.

Kebelakangan ini, berat badan Demi memang menurun secara drastik dan seolah-olah menuju kepada tahap yang membimbangkan. Perkara itu terjadi sejak berita skandal suaminya tersebar. Tidak tahan dengan keadaan tersebut, Demi akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan Ashton pada November 2011 tahun lalu. Saat ini, kedua-duanya masih dalam proses perceraian.

Ironinya, ketika Demi sedang terbaring tidak berdaya di hospital, Ashton ternyata sedang berhibur bersama kawan-kawannya di Brazil. Bintang Two And A Half Men itu dilihat sedang menghadiri konsert Bruno Mars di negara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)