Jom Buat Duit

Saturday 28 January 2012

Semuanya pada telinga juri - Anugerah Juara Lagu Ke 26



DARIPADA 12 karya yang bertanding dalam edisi ke-26, Anugerah Juara Lagu (AJL) di Stadium Putra Bukit Jalil, esok (Ahad) sekurang-kurangnya lima lagu dijangka memberi saingan paling sengit.

Awan Nano dendangan Hafiz, Sungai Lui (Aizat), Penakut (Yuna), Beribu Sesalan (Shiela Hamzah, Jaclyn Victor & Ning Baizura) dan Kisah Hati (Alyah) adalah lagu yang dipandang sebagai karya bermutu yang akan menyerlah.


Pun begitu, lagu selebihnya juga tidak kurang hebatnya iaitu Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimate), Karma (Faizal Tahir), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Kekanda Adinda (Monologue & Atilia) serta Gadis Semasa (Yuna).

Agak sukar menentukan siapa sebenarnya akan menjadi juara kali ini kerana masing-masing ada kekuatan dan ‘merit’ tersendiri. Jelas semua lagu punya peluang sama rata untuk bergelar juara kerana konsep kategori dalam AJL sudah lama dimansuhkan.
Malah tidak keterlaluan dikatakan, konsepnya sudah kembali ke zaman awal AJL pada 1980-an iaitu tiada kategori sama ada Irama Malaysia, Pop Rock atau Balada.

Namun agak mengecewakan, sangat kurang lagu etnik Melayu dihasilkan akhir-akhir ini selepas dunia muzik tempatan menyaksikan artis dan label bergerak secara ‘indie’.

Berbalik kepada lagu yang dipertandingkan tahun ini, Awan Nano sebagai contoh dianggap karya hebat Datuk M Nasir dan Budi Hekayat. Melodi, susunan muzik, mesej serta vokal penyampaian Hafiz mampu bersatu menjadi sebuah karya terindah. Khabarnya, Awan Nano juga akan menembusi pasaran Indonesia tidak lama lagi.

Penakut pula menzahirkan karya seorang anak gadis serba boleh. Yuna bukan saja penyanyi lagu itu, namun lebih membanggakan, dia sendiri mencipta melodi dan menulis seni katanya. Itulah kemampuan artis generasi baru yang turut terserlah dalam diri calon muda lain seperti Aizat dan Najwa Latif.

Ramai menjangka Sungai Lui akan memberi saingan hebat kepada calon lain dan kebetulan Sungai Lui pula sangat kena dengan tema AJL kali ini iaitu Air.
Sungai Lui dicipta Aizat bersama abangnya, Anas untuk menghargai keindahan alam semula jadi di kedaerahan Hulu Langat, Selangor.

Trio terbaik Ning Baizura, Shila Amzah & Jaclyn Victor bersama Beribu Sesalan turut mendapat perhatian ramai. Tiga vokal dengan tiga ‘feel’ menjadikan lagu ciptaan Kevin Chin & Tinta itu sangat istimewa dan digilai ramai peminat.

Kisah Hati ciptaan Manusia Putih pula meninggalkan kesan dari sudut penceritaan kisah paling melankolik dalam AJL26. Vokal bertenaga Alyah nyata menyerlahkan lagi kemerduan dan kesayuan lagu balada itu. Lagu yang boleh dianggap paling selamba pula pastinya Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif.

Sekiranya Najwa adalah calon termuda dalam AJL26, finalis paling senior tentulah Sohaimi Meor Hassan yang mempertaruhkan Kalau Berpacaran. Apakah lagu berkonsep Pop Yeh Yeh dan Boria itu akan membawa pulang sesuatu malam esok?
Selain itu, ramai menantikan untung nasib lagu Sedetik Lebih (Edry Abdul Halim), Kekanda Adinda (Monologue) dan Karma (Audi Mok & Faizal Tahir).

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters