Jom Buat Duit

Monday 30 January 2012

Rahsia Ramlah Ram, Kila kian anggun



KALAU sudah namanya wanita, kecantikan dan penjagaan diri tidak dapat dipisahkan. Lihat saja, dua bintang popular ini meskipun berlainan latar belakang dan profil kerjayanya dalam jarak jauh, namun bila diaju soal kecantikan, mereka sependapat bahawa kecantikan atau penampilan diri adalah perkara yang mesti dipelihara.
Kedua-duanya pernah mencuba pelbagai produk untuk mengetahui apa yang terbaik buat mereka namun akhirnya memilih untuk menjadi pengguna ZZ Beauty sebelum bersetuju menjadi duta produk berkenaan.
Mewakili dua golongan peng�guna, produk dikhususkan untuk Ramlah Ram, 46, menjurus kepada wanita dewasa manakala Kilafairy, 20, pula mempromosikan produk yang pasti diinginkan setiap remaja sepertinya.

Menurut Ramlah yang juga salah seorang ‘sifu’ dalam program Mentor musim ini, dia seorang yang mudah untuk menerima tawaran menjadi jurucakap kerana dia perlu tahu terlebih dulu keberkesanan produk kerana tidak mahu menipu pembeli dan akhirnya memberi kesan kepada diri.

“Sebelum bersetuju dan menandatangani perjanjian menjadi duta produk ini pada 5 Januari lalu selama enam bulan, saya merelakan diri menjadi bahan ujian dengan mencubanya terlebih dulu.

“Memandangkan saya dilantik sebagai duta kepada dua siri produk berkenaan iaitu 24K Gold Sapphire Collagen Scrub dan IZ Beauty Pure Alfafa Serum, jadi kedua-dua produk itu saya gunakan. 24K Collagen Scrub, saya gunakan sebagai pencuci wajah dan selepas menggunakannya, saya aplikasikan pula 24K Gold Serum sebelum masuk tidur.

“Kesannya dapat dirasakan begitu cepat sekali. Kulit saya kelihatan lebih bersih dan segar. Malah, kesan paling mengagumkan apabila sejak memakainya, wajah saya mudah untuk disolek kerana kulit mula sekata.


“Sebagai artis menuntut saya untuk sentiasa tampil menarik. Pada usia 40-an bukan mudah untuk bertahan dan saya memerlukan produk yang bersesuaian dan selamat digunakan,” katanya kepada Rap, baru-baru ini.


Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 20, yang terkenal de�ngan bibir seksi, bersetuju untuk menjadi duta kepada produk itu kerana ibunya sendiri, Rohana Jalil, adalah pengguna Z Masha 24K Pure Gold.


Bagaimanapun, peranan Kila adalah untuk mempromosikan Bedak Emas, Miracle Gold Shine. Selain bercerita mengenai kehebatan produk itu, dia juga perlu mengalami sendiri untuk melihat sejauh mana keberkesanannya.


“Mama yang mula-mula sekali memakai produk berkenaan dan ia sesuai dengan kulit mama. Kebetulan mama kenal pemilik produk itu merangkap Pengarah Urusan, Ziela Che Nor.


“Bagaimanapun, Puan Ziela berminat untuk menggunakan perkhidmatan Kila untuk Bedak Emas, Miracle Gold Shine. Sama seperti Kak Ramlah, saya juga mengikat kontrak sepanjang enam bulan dan ia sudahpun tamat penghujung Disember lalu.


“Namun bedak asas itu memang terbaik sebabnya ia mengandungi serbuk emas asli dan apabila diaplikasikan pada kulit, berlaku transformasi cukup ketara terasa seperti ‘vampire Twilight’ dan keemasan itu tampak asli. Ia sangat menarik.

“Ia juga menjimatkan kerana cukup selapis diratakan ke wajah, pasti sudah nampak perbezaannya. Ramai kawan-kawan Kila yang tanya dan pertanyaan itu jelas bedak ini memberikan kesan dramatik,” katanya.

Mengalih perbualan berhubung isu kerjaya, Kila yang bakal menduduki peperiksaan tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, sedang dalam proses menyiap�kan single solo.


Single berkonsepkan R&B Soul itu adalah hasil ciptaan Amylea Azizan juga bintang Akademi Fantasia 3 (AF3). Kila sendiri terbabit dalam penghasilan lirik bersama Amylea.


“Proses menulis lirik sentiasa berlaku perubahan kerana kami mahukan yang terbaik. Disebabkan itu, sehingga kini kami belum menetapkan judulnya.


“Selain sibuk menghasilkan single dan memberi tumpuan kepada peperiksaan akhir

di kolej sebelum sesi graduasi pada 3 April 2012, Kila memang sengaja membebaskan diri daripada sebarang tawaran.

“Banyak tawaran dapat, namun masih memilih yang sesuai kerana kebanyakan watak sama saja. Insya-Allah filem Hoore! Hoore! yang Kila lakonkan bersama Akim juga bintang AF7 termasuk beberapa lagi pelakon baru serta lama akan memasuki pawagam tahun ini,” katanya.


Sementara itu, Ramlah Ram pula masih giat menyiapkan pembikinan album studio ke-14. Apa yang menarik, daripada proses pemilihan lagu hinggalah promosi dilakukan Ramlah bersama-sama RRG (Ramlah Ram Group).


RRG adalah kelab peminat yang ditubuhkan penyokong setianya. Lagu Sesaat Kau Datang yang dinyanyikan bersama kumpulan Sleeq misalnya adalah hasil nukilan salah seorang daripada ribuan peminatnya bernama Ifmiszal.


“Album ini bakal mengandungi enam lagu dan Insya-Allah akan berada di pasaran pada Mac nanti. Album ini sangat istimewa kerana baik dari segi penciptaan, pemilihan dan promosi semuanya dilakukan RRG.


“Justeru, setiap lagu yang bakal dimuatkan nanti adalah atas peminat sendiri.

Album ini juga mengeratkan hubu�ngan saya dengan peminat.

“Terus terang saya amat bersyukur mempu�nyai penyokong yang sanggup memikirkan konsep album saya. Sanggup mendengar puluhan, mungkin ratusan lagu kemudian memilih yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters