Jom Buat Duit

Friday 27 January 2012

Ratu Cantik Indonesia Lari Dari Rumah




JAKARTA: Ratu Cantik Indonesia 2011, Astrid Ellina mengaku, dia meninggalkan rumah sejak enam bulan lalu.
Dia berkata, ayahnya, Fredrich Yubadi sering mengabaikannya.

Dalam satu pengumuman yang dibuat di akhbar, Fredrich berkata dia telah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan Ellina.

Ellina berkata, walaupun dia telah keluar dari rumah, dia tidak memutuskan hubungan mereka begitu saja.
Katanya, dia telah beberapa kali cuba untuk menghubungi ayahnya tetapi tidak diendahkan.

“Sudah beberapa kali saya meninggalkan pesan kepadanya tetapi tidak berbalas,” katanya semalam.

Menurut Ellina, 20, sewaktu hari ulang tahun ayahnya dia mengucapkan selamat hari jadi, tetapi tidak dibalas.

“Saya menghantar pesan mengucapkan selamat hari jadi tetapi dia tidak membalasnya,” katanya.

Iibu bapa Ellina bercerai ketika usianya dua tahun.

Kemudian, dia mengikut ibunya tinggal di Amerika Syarikat selama 16 tahun.

Dia pulang ke Indonesia dan tinggal bersama ayahnya sejak tiga tahun lalu. - Detikhot.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters