Jom Buat Duit

Saturday 28 January 2012

Kalah menang bukan isu - AJL Ke 26





KONTEMPORARI...gaya ranggi Yuna dan Aizat yang gemar berfesyen.
MALAM esok. Itulah saat paling �ditunggu semua peminat hiburan tempatan untuk �menyaksikan karya seni �manakah bakal dijulang �sebagai Lagu Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26). Selain Lagu Terbaik, siapakah pula artis yang akan membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik?

Fokus turut diberikan kepada dua komposer-penyanyi yang tidak asing lagi.
Mereka juga bukan pertama kali bertanding dalam AJL dan malam esok sekali lagi bakat mereka akan dinilai panel juri profesional.
Jelas dalam waktu yang singkat, Aizat Amdan dan Yunalis Zarai berjaya mencetuskan fenomena tersendiri. Mereka juga anak seni yang punya �formula hingga mampu mencetus fenomena masing-masing.
Bertemu dengan mereka minggu lalu di Balai Berita, Bangsar untuk sesi fotografi khas sempena kemuncak AJL26, memberi peluang kepada penulis untuk bersembang panjang mengenai persediaan mereka untuk bertanding kali ini.

Pertemuan itu juga melihat mereka berdua bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea mengenai dunia seni. Usik Yuna yang anggun dengan persalinan koleksinya sendiri: “Usahlah jadikan pentas AJL esok sebagai medan yang penuh dendam dan tekanan sesama peserta kerana apa yang lebih penting adalah setiap artis ‘menjual’ karya ciptaan sendiri mahupun komposer dan penulis lirik yang terbabit. AJL adalah pentas terbaik untuk kita memberikan yang sebaik mungkin.”

Malam esok Yuna akan mempamerkan dua ilhamnya - Penakut dan Gadis Semasa.
Manakala Aizat pula berjaya memboloskan diri menerusi melodi dan lirik yang cukup mendamaikan - Sungai Lui ciptaannya bersama abang, Anas Amdan.

Siapa sangka dulu mereka berdua hanya menyaksikan artis ‘senior’ seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Fauziah Latiff, Aishah dan ramai lagi bertanding. Namun hari ini mereka berdua pula mampu mempamerkan bakat bersama finalis lain.

“Sejak belajar lagi saya sudah mengikuti AJL dan ia sememangnya sebuah program televisyen yang ‘wajib’ saya dan kawan-kawan ikuti. Bayangkan, ketika belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dulu, semua pelajar akan berkumpul di bilik TV dan menonton AJL beramai-ramai. Walaupun peti TV kecil saja ketika itu, kami semua menjerit-jerit menyokong penyanyi kegemaran masing-masing.

“Saya masih ingat, pertama kali menonton AJL adalah ketika Datuk Siti menyanyikan lagu Jerat Percintaan. Kalau diingat semula, saya pun tersenyum sendiri kerana ketika itu Siti sangat comel dengan tiara di rambutnya. Kemudian gimik dan kejutan setiap artis membuatkan kita mahu melihat siapa yang hebat.

“Ketika itu saya sendiri berangan-angan untuk berada di atas pentas AJL.
Alhamdulillah hari ini, apa yang pernah saya mimpi dulu sudah menjadi kenyataan. Itulah yang saya katakan, aura AJL adalah sesuatu yang luar biasa yang mana semua penyanyi ingin berada di situ atau sekurang-kurangnya sekali mencipta sejarah sendiri,” katanya.

Yuna kali ketiga memperdagangkan lagu ciptaannya di AJL selepas single pertamanya, Dan Sebenarnya pernah dinobatkan pemenang tempat kedua selepas Aizat yang menjuarai menerusi lagu Pergi dua tahun lalu.

Tahun lalu, penyanyi muda berusia 26 tahun kelahiran Alor Setar ini berjaya ke final dengan lagu Cinta Sempurna namun ia gagal mendapat sebarang tempat.
“Soal menang atau kalah itu tidak harus jadi isu kerana semuanya sudah lagu terbaik dan popular sepanjang tahun. Ia dinilai oleh barisan juri profesional.
Mengapa mesti marah atau kecewa? Saya anggap kekalahan tahun lalu sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya,” katanya lagi.

Ada juga suara-suara nakal mengatakan AJL ada permainan politik di sebalik sistem penjurian yang dibuat �seolah-olah hanya syarat saja artis diundang membuat persembahan di malam final. Malah ia juga cuba meraih ‘�rating’ melalui lagu-lagu popular?

Diminta komen mengenai perkara ini, Aizat pula berkata: “Ia cuma andaian. Bagi saya juri akan tetap memandang karya berkualiti kerana ini adalah pertandingan lagu yang mengangkat melodi, lirik, susunan muzik dan vokal penyanyi itu sendiri.

“Bagi saya AJL adalah pentas ujian terbaik yang mana seseorang artis itu dapat membuat persembahan di depan ribuan penonton dan jutaan lagi yang menonton di kaca TV.

“Skala persembahannya �sangat besar. Bayangkan �sebagai seorang penyanyi muda, saya sentiasa gembira dan bersyukur setiap kali layak ke AJL kerana setidak-tidaknya ia dapat memberi peluang kepada saya untuk menghiburkan peminat yang tidak henti menyokong.

“Menyertai AJL bukan sekadar ingin jadi juara tetapi menghiburkan penonton dengan cara yang kreatif dan terbaik. Kami artis bagaikan sebuah keluarga yang besar di belakang pentas. Pengalaman itu sangat hebat dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Kalau lagu saya menang saya bersyukur dan kalau tewaskan pun saya akan tetap gembira,” kata Aizat.

Malam esok selain Yuna dan Aizat, pentas AJL akan digegarkan oleh sembilan
lagi artis yang akan menyampaikan karya sandaran masing-masing iaitu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif, Karma (Faizal Tahir), Awan Nano (Hafiz), Kisah Hati (Alyah), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet), Kekanda Adinda �(Atilia & Monolque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol) serta Beribu Sesalan (Ning Baizura, Shila Amzah & Jaclyn Victor).

Jangan lepaskan peluang bersama TV3, mulai 9 malam secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil.
Trivia Aizat

KONTEMPORARI...gaya ranggi Yuna dan Aizat yang gemar berfesyen.
  •  
  • Ketika berkunjung ke Osaka, Jepun, baru-baru ini, Aizat sempat membeli gitar akustik berjenama Yamaha berharga RM1,200. Aizat sempat menyanyikan lagu Sungai Lui di hadapan orang Jepun dan dia mungkin akan menggunakan gitar itu untuk persembahan pada AJL26, esok.
  • Lagu Sungai Lui sebenarnya adalah cerita rakan abang Aizat iaitu Anas yang tinggal di kawasan pedalaman Selangor.
  • Aizat kini sudah mempunyai artis naungannya sendiri iaitu Amir Jahari, yang juga bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 9.
  • Haruman kegemarannya adalah Burberry, Davidoff dan Gucci dan tidak mustahil akan membeli minyak wangi baru setiap kali pergi membeli-belah.
  • Menyifatkan kasut Supra berwarna emas yang dipakainya pada persembahan di AJL24 membawa tuah kepadanya.


    Trivia Yuna
  • Yuna mempunyai haiwan peliharaan ‘sugar glidder’ yang dinamakan Riri.
  • Pada AJL25, busana Yuna paling mendapat kritikan positif kerana stylo dan menyerlah.
  • Yuna yang juga pemilik syarikat rakaman Yuna Room Records mengambil Diandra Arjunaidi sebagai artis pertama di bawah naungannya.
  • Single pertama yang juga tajuk album untuk pasaran Amerika Syarikat miliknya, Live Your Life sudah mula berkumandang di corong radio.
  • Lagu Terukir Di Bintang diinspirasikan daripada lagu klasik yang rancak seperti lagu Bulan Ditutup Awan.
  • No comments:

    Post a Comment

    Klik Untuk Saya k... :)

    free counters