Jom Buat Duit

Friday 27 January 2012

Diana Danielle Malas Nak Komen



BUKAN mengelak berbicara soal cinta, sebaliknya aktres muda berdarah kacukan, Diana Danielle lebih suka peminat fokus pada karier seninya berbanding cerita peribadi. Apatah lagi, kisah cintanya dengan Farid Kamil kian hangat diperkatakan peminat ketika ini.
Bagi pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson yang bakal mencecah usia 21 tahun pada November nanti, usia muda adalah masa untuk membina karier seni yang menjadi keutamaannya ketika ini.

“Sebenarnya, saya malas nak komen lebih-lebih mengenai hubungan saya dan Farid kerana saya juga yang malu kalau apa yang dirancang tidak menjadi.

“Tapi, saya akui kami memang berkawan baik dan keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah tahu mengenainya. Namun, biarlah kami berkawan dulu dan melihat sejauh mana hubungan ini boleh pergi.
“Justeru, kami belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini. Saya harap peminat hanya mendoakan yang terbaik buat kami. Bila sudah dekat hari bersejarah itu, barulah saya boleh bercerita mengenainya. Saya juga harap, orang tidak gembar-gemburkan cerita kami nak kahwin lagi selepas kenyataan ini,” katanya.

Diana ditemui pada sidang media me�ngumumkan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH), baru-baru ini. Lebih bermakna, Diana yang mempertaruhkan filem ...Dalam Botol juga tersenarai dalam Top 5, kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam kategori itu, Diana bersaing dengan empat lagi calon yang tidak kurang hebatnya iaitu Eja (filem Janin), Maya Karin (Ombak Rindu), Lisa Surihani (Ombak Rindu) dan Yana Samsudin (Bini-Biniku Gangster dan Kongsi).

“Saya menganggap pencalonan ini sebagai rezeki. Tersenarai dalam lima yang popular pun sudah bermakna buat saya. Maklumlah, watak saya sebagai Dina dalam filem arahan Khir Rahman juga tidak besar. Saya juga tidak letak harapan untuk menang kerana persaingan kategori itu sengit.

“Saya juga minat Maya dan memang nak te�ngok dia menang dalam filem Ombak Rindu.
Tapi dalam ABPBH selalu ada kejutan di mana orang lain pula yang menang kerana ia bergantung pada undian peminat sendiri,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seni, terbaru, Diana berlakon dalam filem genre komedi, Hantu Gangster arahan Namewee.

“Saya suka bekerja dengan Namewee kerana dia se�orang pengarah yang kreatif.
Skrip cerita ini juga menarik kerana dia memaparkan mengenai masyarakat majmuk iaitu tiga bangsa di negara ini.

“Saya tertarik untuk bekerja dengannya apabila menonton hasil karyanya, Nasi Lemak 2.0 sebelum ini. Bagi kepuasan diri, saya ingin bekerja dengan pengarah yang tampil dengan idea baru dan berani. Selain itu, pengarah juga perlu tahu aspek pengarahan dan lakonan,” katanya.
Walaupun sibuk dengan projek baru, Diana juga mengakui dia agak menyepi daripada publisiti sejak kebelakangan ini.

“Saya lebih suka mendiam�kan diri kalau tiada cerita menarik yang ingin dikongsi dengan peminat. Biarlah saya menyepi daripada dikaitkan dengan gosip dan kontroversi yang boleh menjatuhkan diri. Saya juga sibuk dengan projek lain yang tiada publisiti.

“Selain itu, sampai masa�nya saya lebih selektif dengan karakter yang ditawarkan dalam filem dan drama kerana tak mahu peminat tengok wajah saya merata-rata muncul di kaca TV hingga orang pun bosan, asyik muka sama saja.

“Saya juga tidak larat untuk berlakon drama untuk stesen TV kerana ia membabitkan tempoh lama dan berbulan-bulan,” katanya yang berlakon dalam telefilem Satu Malam Perawan untuk stesen TV Astro dan satu projek drama dengan Sheila Rusly dan bergandingan dengan aktres Sofia Jane.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters