Jom Buat Duit

Saturday, 28 January 2012

Sohee dan Seulong bercinta


SOHEE dan Seulong sering bertemu janji lewat malam.

Kekerapan bertemu itu akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara dua selebriti tersebut. Rupa-rupanya sudah beberapa kali pasangan itu keluar bertemu janji secara rahsia tanpa pengetahuan rakan-rakan lain.

Tempat temu janji mereka kerap kali berlaku di dalam kereta dan kebiasaannya pada waktu tengah malam.
Seulong yang dianggap sebagai teman sejiwa dan abang, merupakan tempat untuk gadis itu meluahkan perasaan.

Walaupun menjadi pujaan ramai, gadis pemalu itu tidak mempunyai ramai kawan di kalangan rakan artis melainkan Seulong.
Antara temu janji mereka yang dapat diintip oleh jurufoto adalah pada 8 Januari lalu, sewaktu Sohee baru pulang dari Taiwan di sebuah kedai makan sambil bertukar-tukar hadiah.
Pasangan itu juga dilihat bertemu janji dalam kereta Seulong, pada hari Krismas lepas di Gangnam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)