Jom Buat Duit

Saturday 28 January 2012

Christian Bautista - Penyanyi Filipina dihantar pulang



MANILA: Penyanyi Filipina Christian Bautista dihantar pulang dari Indonesia selepas dia didapati melanggar peraturan imigresen dengan menggunakan visa lawatan untuk urusan kerja.
Pejabat imigresen mendapati Bautista mengadakan persembahan di Lippo Karawaci, Tangerang pada petang Rabu lalu.

“Kami sudah menghantarnya pulang,” kata jurucakap Direktorat Awam di Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Sukoadji, semalam sebagaimana dipetik dalam tribunnews.com.
Menurutnya, Bautista mempunyai visa lawatan 30 hari sejak Rabu lalu, tetapi mengambil peluang itu untuk mengadakan konsert pada hari dia tiba di Indonesia. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters