Jom Buat Duit

Friday 16 December 2011

Bara Tampubolon Enggan Bertemu Nikita



JAKARTA: Pemain bolasepak bawah 23 tahun, Bara Tampubolon seperti menyimpan rasa sakit hati.
Setelah menemui bukti nyata yang kekasihnya Nikita Willy bermain kayu tiga di belakangnya, dia terus tidak mahu bertemu aktres itu mahupun sekadar untuk berbual.

“Perkara yang paling baik sekarang adalah kami tidak bertemu dahulu,” kata Bara ketika ditemui di balai polis Metro Jaya, Jalan Gatot Subroto, di Jakarta Selatan, semalam.

Walaupun begitu, anak kepada pengacara Juan Felix Tampubolon mengaku, hubungannya dengan Nitika akan tetap menjadi kenangan manis.


Dia mengaku masih mahu menjaga hubungan baik dengan bintang drama televisyen ‘Putri Yang Ditukar’ itu.

Saya masih tetap mahu hubungan kami baik, tapi saya perlu masa,” katanya.

Hubungannya dengan Nikita renggang setelah Diego Michiels tiba-tiba muncul sebagai orang ke tiga dalam hubungan mereka.

Hubungan antara Bara dan Nikita putus sejak awal Disember.

Bara kini digosipkan dengan pengacara Jessica Iskandar tetapi khabar angin itu dinafikan oleh Bara yang berdarah Batak itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters