KUCHING: Sekeping surat yang ditemui dalam bakul sampah menyelamatkan
seorang bayi tidak sah taraf daripada dijual bapa kandungnya sendiri
dengan harga RM7,000 dipercayai kepada sindiket menjual bayi.
Bayi perempuan berusia lapan hari itu diselamatkan selepas tiga
individu ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar
bandar raya ini, Jumaat lalu.
Difahamkan, bayi itu dilahirkan ibunya yang berusia 31 tahun
berasal dari Kuala Lumpur di sebuah hospital di bandar raya ini, pada 19
Disember lalu.
Menurut sumber, sebaik melahirkan bayi berkenaan, wanita
berkenaan mendakwa dia dibawa seorang wanita lain yang tidak dikenali
pulang ke rumahnya di Jalan Keranji, di sini, pada keesokannya, kononnya
untuk berehat.
“Tanpa mengesyaki sesuatu tidak diingini, mangsa bersama anaknya dibawa
seorang wanita tidak dikenali dipercayai berasal dari Sibu ke rumah
terbabit untuk berehat.
No comments:
Post a Comment