Jom Buat Duit

Saturday, 17 December 2011

Asean Para Game 2011 - Hemala Sumbang Pingat Emas Negara Yang Pertama



Atlet lontar lembing paralimpik negara, Hemala Devi Enikutty tidak menyangka menjadi penyumbang pingat emas pertama negara menerusi acara lontar lembing wanita kategori F12 (cacat penglihatan) pada hari pertama temasya Sukan Para Asean Keenam yang berlangsung di Stadium Manahan hari ini.
Hemala Devi, 21, mendahului empat peserta lain dengan lontaran 21.59 meter, manakala pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik atlet paralimpik Filipina Rosalie Torrefind dengan lontaran 20.26 meter dan perak milik Dayang Nohensan dari Brunei (14.92m).

Beliau berjaya mencipta rekod baru dengan memadam rekod 10 tahun yang sebelum ini dicipta Siti Hadijah Abu Bakar (16.12m) dari Malaysia pada edisi di Kuala Lumpur pada 2001.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters