Jom Buat Duit

Friday 16 December 2011

Payudara Miley Cyrus Palsu?



AMERIKA SYARIKAT, 15 DISEMBER 2011: Penyanyi dan pelakon popular remaja, Miley Cyrus, 19 telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan persalinan menjolok mata ketika menghadiri majlis CNN Heroes: An All-Star Tribute yang telah diadakan di Los Angeles, Ahad lalu.
Dia yang menyarungkan gaun kuning adi busana rekaan Roberto Cavalli pada majlis berkenaan, telah menunjukkan sebahagian payudaranya sekaligus telah menjadi bualan hangat di laman Twitter yang mengatakan bahawa beliau telah menjalani pembedahan payudara.

Kemunculannya itu juga telah menjadi isu di dalam majalah Star yang telah mendapatkan sendiri pendapat dari beberapa orang pakar bedah kosmetik bagi mengesahkan bahawa bintang Disney itu telah membuat rawatan bagi membesarkan payudaranya

Seorang pakar bedah kosmetik dari Vitahl Medical Aesthestics di Colorado telah mengesahkan majalah berkenaan bahawa Miley telah membuat pembedahan di bahagian berkenaan dan menganggap hasil rawatan itu sangat sempurna sesuai dengan rangka tubuh badan Miley yang kecil.
Namun, Miley menerusi laman Twitter miliknya menulis bahawa payudaranya itu adalah asli apatah lagi dalam usianya yang semakin meningkat matang, maka tidak hairanlah jika dia memiliki aset semulajadi berkenaan.

Dia juga menulis, agar tidak semua orang boleh menganggap supaya tidak semestinya semua perlu palsu untuk sentiasa kelihatan cantik.
Walaupun Miley menafikan bahawa dia tidak menjalani pembedahan bagi membesarkan payudaranya, namun sepanjangn 2011 beberapa orang selebriti seperti LeAnn Rimes, Nicole Richie dan Farrah Abraham telah menjalani pembedahan bagi mencantikkan payudara mereka.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters