Jom Buat Duit

Thursday 29 December 2011

Bekas kekasih Tiger Woods hamil






LOS ANGELES: Bekas perempuan simpanan Tiger Woods, Rachel Uchitel, semalam mengumumkan dia kini hamil lima bulan.
Menggunakan Twitter mengumumkan kehamilan itu, Rachel turut memuat naik gambarnya bersama suami baru, Matt Hahn, saling berpelukan.

Melalui gambar itu, orang ramai boleh melihat perubahan pada perut Rachel.
“Menjangkakan perkara besar pada 2012. “Lima bulan berlalu, tinggal empat bulan lagi,” katanya.

Selepas berkahwin dengan Hahn pada Oktober lalu, Rachel memberitahu Radar Online dia merancang untuk hamil tanpa mempedulikan sama ada bayinya itu lelaki atau perempuan.

“Apa yang penting, bayi itu sihat,” katanya.
Rachel, 36, berkata jika ditakdirkan lelaki, dia berharap anaknya itu akan “sekacak bapanya.” Nama Rachel menjadi perhatian media selepas menjadi pemuas nafsu pertama Woods yang tampil membuat pendedahan terbuka.

Pengakuan Rachel mencetuskan siri pendedahan lebih ramai wanita yang ditiduri Woods. - ROL

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters