Jom Buat Duit

Wednesday, 28 December 2011

Juara Olimpik dituduh rogol remaja di hotel




TOKYO: Pendakwa Jepun berkata, mereka memfailkan tuduhan rogol ke atas atlet judo semalam.
Bekas juara Olimpik dua kali, Masato Uchishiba, 33, didakwa merogol seorang remaja di sebuah hotel pada September lalu dengan mencampur alkohol ke dalam minuman mangsa.

Uchishiba juga dituduh mengambil kesempatan atas keadaan mangsa yang tidak mampu melawan.
Identiti mangsa tidak didedahkan atas faktor usia.

Polis menahan Uchishiba awal bulan ini dan dia menafikan tuduhan berkenaan.

Kata Uchishiba, insiden itu berlaku atas persetujuan bersama.
September lalu, Uchishiba dipecat daripada tugasnya sebagai jurulatih judo atas tuduhan melakukan pencabulan seksual.

Dia memenangi pingat emas bagi kategori 66 kilogram dalam Sukan Olimpik 2004 dan 2008.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)