Jom Buat Duit

Wednesday, 21 December 2011

Rossa ceburi perniagaan



JAKARTA: Penyanyi Sri Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa mula menunjukkan minat menceburi bidang perniagaan setelah berjaya menguruskan Villa Paya-Paya di Seminyak, Bali.
“Sekarang saya dan sahabat perniagaan saya, membina kompleks perumahan,” kata Rossa seperti yang dilaporkan oleh kontan.co.id semalam.

Katanya lagi, dia sekarang sedang terlibat dalam urusniaga beberapa buah rumah dan unit apartmen.

Menurut Rossa, dia teringat ketika dia membeli villa itu dari seorang sahabatnya dan membuat keputusan untuk menyewakannya
Nampaknya, kadar penghunian villa itu semakin meningkat. “Sejak itu, saya semakin berminat dalam perniagaan hartanah,” katanya.

Menurut Rossa lagi, perniagaan hartanah sentiasa memberi keuntungan.

“Ia satu pelaburan yang bagus,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)