Jom Buat Duit

Friday, 30 December 2011

Kolaborasi Ramlah, SleeQ



JIKA diukur zaman kehebatannya suatu ketika dulu dengan penyanyi sekarang, Ramlah Ram mengakui ia memang banyak perbezaannya.
Apapun, masih ramai peminat, baik generasi baru dan lama mengikuti perkembangan penyanyi terkenal dengan nyanyian lagu cinta mendayu-dayu itu.

Malah, Ramlah kini turut berkolaborasi menghasilkan single berjudul Sesaat Kau Datang menampilkan kumpulan penyanyi rap popular dari Singapura, SleeQ.

“Single ciptaan ID Mifzal ini bingkisan terbaru saya bersama SleeQ yang sesuai untuk peminat semua generasi.
Lagu berkonsep Pop, R&B dan Rap ini mendapat sambutan baik pendengar dan sudah menjuarai beberapa stesen radio.
“Lebih menarik, nyanyian rap kumpulan SleeQ dalam versi rap bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta disuntik melodi ringkas menjadikannya mudah diterima peminat.

“Single ini bukan saja mengembalikan semangat saya menyanyi semula, tetapi penerimaan baik generasi baru yang mempunyai jurang umur yang agak jauh,” katanya pada majlis pelancaran single Sesaat Kau Datang di Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, baru-baru ini.

Single Sesaat Kau Datang adalah kolaborasi kedua Ramlah bersama artis baru selepas hadir bersama single Benar Mencintai bersama Faris Awanband beberapa bulan lalu.

Lagu itu juga menyusul selepas lagu Cinta Gila yang menemui peminat pada awal tahun ini.

Kata Ramlah, pembikinan single ini juga membuktikan dia masih mengikuti arus semasa perkembangan industri tempatan.

“Sudah tentu, saya tidak mahu ketinggalan kerana suasana zaman populariti saya melonjak menerusi lagu Kau Kunci Cintaku pada penghujung 80-an tidak sama dengan sekarang.

“Banyak pendekatan muzik dan penyanyi sekarang berlainan dan selera pendengar juga berbeza. Paling penting, persefahaman dan rasa hormat masih ada antara penyanyi baru dan lama,” katanya.
Berbicara soal jodoh, kebetulan single Sesaat Kau Datang meng�angkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan, Ramlah berkata, dia masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga semula. Ini bukan bermakna saya menolak atau tidak memikirkan jodoh.

“Jika sesuai dan hati berkenan, mengapa tidak kerana perkara seperti ini adalah ketentuan Allah.

“Kalau ikutkan hati, biarlah lelaki terbabit dalam membimbing mengikut landasan hidup yang betul berlandaskan agama,” katanya.

Pada masa sama, Ramlah berkata, dia pernah mengalami rasa patah hati untuk menyanyi selepas kematian bapanya, dua tahun lalu.

“Saya pernah tawar hati selama beberapa bulan langsung tidak menyanyi kerana berasa sangat sedih dengan orang paling rapat dan paling sayang selain ibu.

“Apapun, memikirkan arwah abah banyak memberi dorongan dan sering membawa saya mengikutinya menjayakan persembahan ghazal, saya tetap menguat�kan hati meneruskannya.

“Jika tiada aral melintang, album baru saya akan menemui peminat pada awal Februari tahun depan. Bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada kelab peminat, Ramlah Ram Group yang banyak membantu dalam me�nyokong karier seni saya selama ini. Lagu bertajuk Sejadah Cinta pasti menjadi salah satu lagu hit daripada album ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters