Jom Buat Duit

Saturday, 17 December 2011

Raja Dangdut Bengang - Rhoma Irama




JAKARTA: Raja Dangdut, Rhoma Irama nampaknya langsung tidak ada rasa belas kasihan berkenaan isu cetak rompak.
Dia dikatakan membuat pertemuan dengan Ketua Polis Jawa Timur, Hadiatmoko untuk berbincang mengenai masalah cetak rompak hasil kerjanya yang dijual secara berleluasa di wilayah itu, semalam.

Rhoma Irama mengetuai delegasi yang disertai oleh ahli muzik dan eksekutif industri rakaman bertemu dengan Polis Jawa Timur dalam kempen membanteras cetak rompak.

Anggota Persatuan Artis Muzik Melayu Indonesia (PAMMI) dan Persatuan Syarikat Rakaman Indonesia (APRI) yang membuat laporan mengenai cetak rompak dan kesalahan hak cipta, turut bersama Rhoma.


“Kedatangan saya di sini adalah untuk memberi sokongan moral kepada anggota polis dalam membanteras masalah cetak rompak, berikutan laporan yang dibuat oleh Persatuan Usahawan Rakaman Indonesia,” kata penyanyi lagenda itu.

Rhoma memuji pihak polis dalam kejayaan mereka merampas 4,779 CD dan DVD cetak rompak albumnya.

Katanya, setiap orang perlu melibatkan diri dalam memerangi cetak rompak kerana ia menyalahi undang-undang dan merosakkan masyarakat.

“Barangan cetak rompak mendominasi 90 peratus dalam jumlah album rakaman yang diedarkan di Jawa Timur,” katanya.

“Masalah cetak rompak telah menyebabkan Indonesia kehilangan Rp12 trilion (RM 4.17 bilion) setahun. Di Amerika Syarikat, bidang seni adalah penyumbang terbesar dalam negara yang tidak mempunyai simpanan minyak dan gas,” katanya.

Ketua Siasatan Khas Jawa Timur, Timbalan Ketua Komander Kanan, Adj. Sahadiantono berkata, polis merampas 30,000 CD dan DVD cetak rompak dalam satu serbuan di Malang, Jember, Banyuwangi dan Lumajang, baru-baru ini.

“Kami menahan 12 suspek, semuanya pengedar. Kami sekarang sedang mencari pengeluarnya,” kata Sahadiantono. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters