Jom Buat Duit

Saturday, 24 December 2011

Pasangan kaya China langgar undang-undang lahir 8 anak

BEIJING: Sepasang suami isteri kaya, yang mempunyai lapan bayi, dengan bantuan dua ibu tumpang, terpaksa keluar dari rumah besar mereka selepas berlaku bantahan daripada orang ramai.
Mereka juga boleh disaman kerana melanggar undang-undang perancang keluarga yang ketat yang membenarkan setiap pasangan mempunyai hanya seorang anak.
Pasangan yang tinggal di selatan kota metropolitan Guangzhou, mendapat anak-anak mereka tahun lalu, tetapi cerita mengenainya hanya diketahui apabila pihak media menemukan gambar bayi empat lelaki dan empat perempuan yang diambil di studio fotografi.

Pasangan itu melakukan persenyawaan in vitro setelah bertahun-tahun gagal mendapatkan anak dan membelanjakan hampir satu juta yuan (RM497,908) untuk prosedur itu, menurut laporan stesen televisyen kerajaan, semalam
Wanita itu melahirkan tiga anak dan lima lagi dilahirkan oleh dua ibu tumpang, walaupun pasangan itu sebenarnya tidak berhasrat untuk mempunyai ramai anak.
Setelah semua anak mereka lahir pada September dan Oktober, pasangan itu mengupah 11 orang termasuk lapan pengasuh dan seorang guru, menurut laporan itu.

Menurut media, Kerajaan Wilayah sudah mewujudkan satu pasukan untuk menyiasat kes itu kerana kebanyakan rakyat China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak.

“Mengapa mereka terpaksa mengupah ramai wanita untuk mendapatkan bayi untuk mereka? Apakah mereka rasa mereka layak mendapat ramai anak hanya kerana mereka kaya? Ini kesalahan pertama mereka,” kata Timbalan Pengarah Kesihatan Guangdong, Liao Xinbo. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)