Jom Buat Duit
Friday, 16 December 2011
Bukan Dipukul Tapi Awie Mengaku Memukul
Tidak cedera mahupun luka parah akibat pergaduhan di sebuah kelab di Pulau Langkawi, namun tegas vokalis kumpulan Wings, Awie sememangnya berlaku pergaduhan melibatnya dirinya bersama individu yang tidak dikenali.
Tidak menafikan khabar angin yang bertiup di media massa dan laman sosial mengenai pergaduhan tersebut, namun jelas Awie, cerita tersebut ditokok tambah sehingga menjadi satu fitnah buat dirinya.
"Saya mengaku bergaduh pada malam 22 November di sebuah kelab di Pulau Langkawi. Namun saya menafikan fitnah yang tersebar mengatakan saya dipukul sehingga cedera parah dan sebagainya. Itu satu fitnah kerana hakikatnya saya langsung tidak tercedera.Bukan saya sengaja bergaduh di sana sebaliknya saya dicabar oleh orang itu.
"Mulanya mereka berempat dan salah seorangnya mahu menangkap gambar saya. Apabila saya katakan tangkaplah gambar di luar, kemudian dia mula bising-bising dan cakap belakang menghina-hina saya. Itu penyebab tercetusnya pergaduhan tersebut dan apa yang saya lakukan adalah untuk membela diri saya," katanya membuka bicara mengenai khabar angin dirinya dibelasah teruk oleh sekumpulan anak muda di Langkawi.
Baru-baru ini laporan media dan laman sosial melaporkan penyanyi tersebut teruk dibelasah sekumpulan lelaki ketika berada di sebuah kelab di Pulau Langkawi.
Pergaduhan tersebut dikatakan tercetus disebabkan berlaku salah faham antara Awie dan seorang pemuda sehingga berlaku pergaduhan besar di sana.
Menganggap perkara tersebut berlaku disebabkan sikap segelintir individu yang tidak menghormati golongan artis, kata pelantun lagu Di Penjara Janji itu lagi, sewajarnya artis dihormati.
"Saya ke sana untuk mendengar lagu dan berehat kerana kebetulan berada di situ bagi melawat tapak tanah saya. Saya tidak ganggu orang sebaliknya saya tidak faham kenapa mereka harus menganggu saya," jelasnya penuh kesal.
Ditanya mengenai pandangan atau label masyarakat terhadapnya sebagai seorang artis kaki pukul atau panas baran, ucap Awie, sejujurnya dia enggan serta tidak selesa sekiranya dicop sebegitu.
"Saya tidak selesa sekiranya masyarakat melabelkan saya sebegitu. Apa yang saya lakukan hanya untuk melindungi diri saya sahaja daripada diperlakukan sewenang-wenangnya. Keadaan berlaku tidak dapat dielak dan saya harap orang ramai memahami situasinya,"katanya.
Tambah Awie lagi, tiada laporan polis dilakukan sebaliknya dia dan rakan-rakannya memberi duit kepada yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Malah seminggu selepas kejadian dia turut melawat individu yang tercedera itu kerana enggan memanjangkan lagi perbalahan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment