Jom Buat Duit

Friday, 30 December 2011

Mulan Jameela pilih Rhoma Irama



JAKARTA: Bukanlah sesuatu yang pelik melihat Mulan Jameela berduet dengan Ahmad Dhani kerana mereka berdua memang selalu bekerjasama, tidak kiralah di pertunjukan pentas ataupun di televisyen.
Tetapi, bagaimana jika Ahmad Dhani digantikan pula dengan Raja Dangdut, Rhoma Irama?

Jika rancangan itu berjalan lancar, Mulan dijadualkan akan berduet dengan Rhoma Irama di persembahan sambutan Tahun Baru di Taman Mini Indonesia Indah.

Produser MNCTV, Hasan Basri, berkata Mulan akan bersama beraksi di pentas bersama bapa Ridho Rhoma itu.
“Memang Mulan akan sentiasa mencuba yang baru. Jika selama ini dia sentiasa bersama Dhani, Mulan akan tampil di atas pentas bersama Rhoma Irama pula nanti,” katanya ketika bertemu wartawan di Museum Indonesia, Taman Mini Indonesia Indah, semalam.Dalam persembahan Konsert Mega Raksasa Malam Tahun Baru itu, Mulan akan membuat persembahan paling banyak.

Selain persembahan Mulan dan Rhoma, artis lain dari keluarga Rhoma Irama, seperti Vicky Irama dan Ridho Irama turut akan dipersembahkan.

Magdalena dan Deswita Maharni dijangka menjadi hos untuk konsert itu. - KL

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters