Jom Buat Duit

Thursday, 31 May 2012

10 Pemimpin Paling Rasuah Di Dunia


10Philippines
Nama: Joseph Estrada
Tahun: 1998- 2001
Rasuah: USD 78 - 80 Million 



 9. Nicaragua
Nama: Arnoldo Aleman
Tahun: 1997-2002
Rasuah: USD 100 Million


8. Ukraine
    Nama: Pavlo Lazarenko
 Tahun: 1996-1997
Rasuah: USD 114 - 200 Million 



7. Peru
Nama: Alberto Fujimori
Tahun: 1990-2000
Rasuah: USD 600 Million


6. Haiti
Nama: Jean- Claude Duvalier
Tahun: 1971-1986
Rasuah: USD 300 - 800 Million

   
5. Serbia/Yugoslavia
Nama: Slobodan Milosevic
Tahun: 1989-2000
Rasuah: USD 1 Billion
  


 4. Nigeria
Nama: Sani Abacha
Tahun: 1993-1998
 Rasuah: USD 2 - 5 Billion


 
3. Congo
Nama: Mobutu Sese Seko
Tahun: 1965-1997
Rasuah: USD 2 - 5 Billion



2. Philippines
Nama: Ferdinand E Marcos
Tahun: 1972-1986
Rasuah: USD 5 - 10 Billion


     1. Indonesia
Nama: Soeharto
   Tahun: 1967-1998
Rasuah: USD 15 - 35 Billion


Tengoklah wajah2 pemimpin yang sibuk merompak duit rakyat.  

Isteri Curang Melekat Ketika Bersetubuh Dengan Kekasih

Di Nairobi Kenya gempar cerita seorang isteri yang bezina dengan teman lelaki beliau yang kemudiannya melekat. Menurut laporan media Kenya, si suami mengesyaki si Isteri bermain kayu tiga dan meminta pawang meletakkan jampi Voodoo pada isterinya. Bila si isteri berzina jampi tersebut akan mengakibatkan kemaluan si isteri dan teman lelakinya melekat. Kemudiannya si isteri kantoi dan si suami enggan menolong.

Pihak polis dipanggil tetapi mereka juga gagal memisahkan pasangan tersebut. Hanya setelah si teman lelaki berjanji akan membayar pampasan Shilling Kenya 20 000 (RM 716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang Paderi Kristian dan mereka akhirnya dipisahkan

Indonesia Signature Tower Tertinggi Di Asia Tenggara



Indonesia Signature Tower sedang giat dibina dan apabila siap kelak bangunan 111 tingkat setinggi 638 Meter ini akan menjadi menara tertinggi di asia tenggara dan ke lima tertinggi di dunia.

Projek bernilai 18.5 Trillion Rupiah (US$2 juta) ini bakal menempatkan hotel, pusat beli belah serta ruang pejabat. Pembinaan menara ini ialah bagi memenuhi kehendak ruang pejabat yang semakin tinggi di Jakarta.

Signature Tower juga akan menjadi kebanggaan rakyat Indonesia setelah siap sepenuhnya

Skandal seks Zhang Ziyi RM300 juta

Zhang Ziyi dan gambar kanan merupakan pegawai tertinggi kerajaan China, Bo Xilai. Mereka didakwa mempunyai hubungan sulit dan telah tidur bersama sebanyak lebih 10 kali sejak tahun 2007. 
 
NAMA aktres China, Zhang Ziyi tiba-tiba meledak pada minggu ini. Namanya meledak bukan kerana projek filem terbaharu, sebaliknya kerana dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan China.

Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia menerusi beberapa laporan di internet.

Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai kepada satu sumber.

Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang tahun 2007 hingga 2011.

Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks mereka.
Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300 juta!

Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi.
Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Grangmasters.

Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai.
Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut.

Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini.
Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja.

Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo.
Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010.

Maher Zain Sentiasa sayang Malaysia


BAGI penggemar lagu-lagu berunsur ketuhanan, nama penyanyi Maher Zain sudah tentu nama yang bukan asing. Semenjak membuat kemunculan di Malaysia dua tahun lalu, penyanyi tersebut lantas menjadi pujaan peminat.

Mula dikenali ramai menerusi lagu-lagu seperti Thank You Allah, The Rest of My Life dan Insha Allah, kemunculan penyanyi tersebut seperti mengembalikan semula fenomena irama nasyid yang hampir tenggelam. Malah lagu-lagunya turut diterima baik seperti lagu-lagu pop.

Menariknya, semasa mengadakan konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Oktober 2010, tiket untuk menyaksikan konsert tersebut habis dijual, biarpun penyanyi berkenaan baru kali pertama ke Malaysia.

Kini, penyanyi kelahiran Lebanon yang kemudiannya berhijrah ke Sweden dan mencipta nama sebagai penyanyi di sana merupakan antara penyanyi antarabangsa yang paling kerap membuat persembahan di negara ini.

Pada 16 Jun ini, Maher Zain sekali lagi kembali menjejakkan kaki ke Malaysia untuk menghiburkan para peminatnya sempena konsert Maher Zain - Forgive Me Live In Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Marctensia dan Awakening serta One Drop Perfumes selaku penaja bersama, turut membuat kemunculan istimewa pada konsert tersebut ialah rakannya, Irfan Makki dan Raef.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu, dia sudah bersedia untuk menggegarkan Stadium Merdeka dengan persembahan yang akan memberi kenangan tersendiri kepada tetamu yang hadir.

"Setakat ini segala persiapan untuk konsert pada 16 Jun berjalan dengan lancar. Boleh dikatakan saya memang memberi tumpuan terhadap persiapan yang dilakukan agar peminat berpuas hati dengan persembahan saya nanti.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh menjelaskan lebih terperinci mengenai bentuk persembahan yang dilakukan. Kalau boleh saya mahu ia menjadi satu kejutan kepada para peminat yang hadir," ujarnya.
Mengenai lagu-lagu yang akan dinyanyikan semasa konsert tersebut, Maher menyatakan sebanyak 23 buah lagu yang akan dipersembahkan menerusi album pertama, Thank You Allah dan album kedua iaitu Forgive Me.

Menurutnya, selain mahu memberikan pelbagai kejutan kepada peminat yang bakal menyaksikan konsertnya itu, penyanyi tersebut memberi jaminan terdapat kelainan yang akan ditampilkan berbanding konsert-konsert yang pernah dilakukan sebelum ini.
MAHER ZAIN kini muncul dengan album kedua, Forgive Me. Dia akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun ini sempena mempromosi album tersebut.
 
"Mengikut perancangan, saya juga bakal mempersembahkan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh seorang artis antarabangsa. Jadi, saya berharap agar para peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert saya nanti," ujarnya serba ringkas mengenai perancangan tentang konsert tersebut.
Ketika ditanya tentang kenangan paling manis yang pernah dilalui sepanjang mengadakan konsert di negara ini, Maher memberitahu terdapat satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya sehingga sekarang.

"Terlalu banyak kenangan manis yang telah saya lalui, namun yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu saya mengadakan konsert yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam dua tahun lalu.

"Semasa mempersembahkan lagu berjudul Freedom, penonton menggunakan telefon bimbit mereka untuk memberikan cahaya terang di dalam stadium dan saya berasa seolah-olah seperti berada di alam lain. Saya anggap itu merupakan kenangan yang cukup istimewa," jelasnya.

Rumah kedua
Semenjak mencipta nama di Malaysia, Maher Zain sememangnya sudah selalu menerima undangan pelbagai penganjur untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Sarawak.

Ditanya mengenai perasaannya terhadap undangan yang diterima, penyanyi tersebut beranggapan ia merupakan rezeki dan sangat berterima kasih kepada para peminat yang selalu memberikan sokongan terhadap kerjayanya selama ini.

"Sebenarnya saya sangat terharu dengan sambutan yang diterima setiap kali berpeluang menghiburkan peminat di negara ini. Tidak keterlaluan sekiranya saya anggap Malaysia sudah seperti rumah kedua saya.
"Sejujurnya saya juga sangat cintakan Malaysia kerana suasananya yang aman dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup bersama. Saya menganggap negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain," luahnya.



Menurutnya, dia juga pernah berbincang dengan isterinya bahawa tidak mustahil mereka akan terus menetap di Malaysia pada masa akan datang kerana persekitaran negara ini yang dirasakan sangat sesuai buat mereka.

Tiada diskriminasi
Sebagai seorang muslim yang membesar dan menetap di sebuah negara yang majoriti penduduknya bukan Islam seperti Sweden, kemungkinan untuk menjadi mangsa diskriminasi pastinya agak tinggi.

Bagaimanapun, Maher Zain meluahkan rasa syukurnya kerana sehingga kini dia tidak pernah didiskriminasi oleh mana-mana pihak, malah mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penyanyi lagu-lagu dakwah dengan baik.

"Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah mengalami sebarang perkara yang buruk. Walaupun kehidupan saya di kelilingi masyarakat yang berbilang agama, tetapi kami saling menghormati dan mereka tidak pernah menghalang apa yang saya lakukan.

"Sebelum ini, saya pernah tidak pernah mengamalkan ajaran Islam selama 15 tahun, meskipun saya seorang muslim. Kini, saya sangat berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam," ujarnya.

Ujarnya, memandangkan minatnya yang mendalam terhadap bidang muzik, Maher bertekad untuk meneruskan usaha-usaha dakwah menerusi nyanyian dan berharap agar lagu-lagunya dapat terus diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Gadis Sarawak jadi keldai dadah


ABD. AZIZ (tengah) menunjukkan sebahagian syabu yang dirampas daripada dua wanita pada sidang akhbar di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.


BUKIT KAYU HITAM – Taktik licik dua gadis yang menyembunyikan 11.2 kilogram syabu bernilai RM3.03 juta di dalam bagasi yang dibawa ketika menaiki bas dari Hatyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbongkar apabila kedua-duanya ditahan di sini kelmarin.

Gadis berusia 24 dan 26 tahun dari Kuching, Sarawak itu ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan sini selepas pihak berkuasa tersebut curiga mengenai berat bagasi yang tidak sepadan dengan pakaian yang dibawa di dalamnya.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, wanita 26 tahun itu ditahan ketika mahu mengisytiharkan bagasinya di Unit Bas/Jalan Kaki Lorong Pemeriksaan Bas Kompleks Imigresen di sini pada pukul 11.55 pagi.

Katanya, rakan suspek pula ditahan di dalam bas sebaik sahaja dia melepasi pemeriksaan di Kompleks Imigresen 15 minit kemudian.
“Anggota yang curiga dengan berat bagasi yang dibawa wanita berusia 26 tahun itu kemudian telah membuat pemeriksaan rapi sebelum menemui tiga bungkusan syabu yang disembunyikan di lapisan bawah beg.

Peluang lihat planet Zuhrah


GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004. 
 

GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

Tentera rampas kapal selam dadah


ASKAR Colombia mengawal sebuah kapal selam buatan sendiri di sebuah kawasan hutan di sungai Cajambre, 64 kilometer ke pelabuhan Buenaventura kelmarin.


BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.
Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Kapal selam itu ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh mengangkut 10 tan lagi dadah.
Digelar kapal selam dadah atau torpedo narkotik, kenderaan air tersebut popular dalam kalangan pengedar dadah yang cuba mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
- AFP

Berlian merah jambu dijual RM55 juta


GAMBAR bertarikh 8 Mei 2012 menunjukkan seorang model memegang berlian Martian Pink di pejabat Christie's di Hong Kong.


HONG KONG - Sebutir berlian merah jambu, Martian Pink dijual pada harga AS$17.4 juta (RM55 juta) iaitu dua kali ganda melebihi harga anggaran dalam satu lelongan pada minggu ini.
Dikategori sebagai berlian merah jambu berbentuk bulat terbesar yang pernah dilelong, Martian Pink merupakan kemuncak lelongan firma Christies' kelmarin.
Lelongan barangan kemas tersebut berjaya mengutip AS$80 juta (RM253 juta).
"Muncul dalam pasaran buat kali pertama sejak 36 tahun lalu, Martian Pink yang dijual oleh Harry Winston pada 1976 dan mencetuskan sensasi pada pameran di seluruh dunia, dibeli pada harga AS$17.4 juta (RM55 juta) selepas perang bidaan selama 10 minit," kata seorang eksekutif Christie's, Vickie Sek.
Menurutnya, berlian tersebut dibeli oleh seorang pembeli misteri. - AFP

ANGELINA JOLIE bantu perangi keganasan seks

ANGELINA JOLIE berjabat tangan dengan Setiausaha Luar Britain, William Hague di London kelmarin.
 
LONDON - Bintang Hollywood dan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angelina Jolie akan berganding bahu dengan Menteri Luar Britain untuk melancarkan sebuah pasukan Britain bagi memerangi dan menghalang keganasan seksual di peringkat antarabangsa.
Majlis pelancaran tersebut yang dijadualkan semalam turut diiringi dengan tayangan filem arahan Jolie, In The Land Of Blood and Honey.

Setiausaha Luar Britain, William Hague memberitahu, inisiatif itu akan disusuli kempen diplomatik selama setahun berhubung isu tersebut.
"Keganasan seksual wujud paling banyak hingga sukar untuk kita bayangkan apabila berlaku peperangan dan konflik," jelas teks ucapan Hague.

Pasukan Britain tersebut katanya, akan melibatkan doktor, peguam, polis, pakar psikologi dan forensik selain pakar dalam menjaga serta melindungi mangsa dan saksi keganasan seksual.
Kumpulan itu yang boleh dikerahkan segera ke seberang laut akan mengumpul bukti dan keterangan untuk digunakan dalam pendakwaan, di samping menyokong misi PBB serta melatih pihak berkuasa di negara lain.
Kementerian Luar Britain menyatakan bahawa 20,000 hingga 50,000 wanita telah dirogol di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1992 hingga 1995. Sebanyak 50,000 hingga 64,000 orang pula dirogol Sierra Leone yang berdepan perang saudara dari 1991 hingga 2002.

Jolie yang kini merupakan utusan khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), pernah melawat beberapa zon konflik termasuk Iraq, Darfur di Sudan dan Libya semasa era konflik pada tahun 2011.
Filem In The Land Of Blood and Honey menyorot keganasan seks yang dilakukan oleh tentera Serb. - AFP

Industri Pelacuran dijangka subur menjelang Euro 2012

GAMBAR yang dirakamkan pada 16 Mei 2012 ini menunjukkan seorang pekerja sosial mengedarkan kondom kepada seorang pekerja seks di Kiev, Ukraine.
 
KIEV, Ukraine - Industri pelacuran Ukraine dijangka menarik ramai pelanggan dan meraih keuntungan semasa kejohanan bola sepak Euro 2012.
Namun, segelintir pihak memberi amaran bahawa Ukraine mempunyai kadar jangkitan HIV tertinggi di rantau Eropah Timur.
"Para pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012," kata sebuah laman web seks Ukraine. Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16 pasukan yang bertanding dan maklumat asas mengenai bola sepak.
Ukraine menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada hanya kesalahan kecil pada tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10 (RM32) hingga AS$25 (RM79).
Tetapi, individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan pusat pelacuran tetap boleh dikenakan hukuman melakukan jenayah.
Menurut Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan Soviet itu mempunyai 52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000 pelacur beroperasi di Kiev.
Beratus-ratus ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan berakhir di Kiev pada 1 Julai depan.
Kumpulan aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen memberi amaran Euro 2012 akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks.
Sementara itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks Legalife, Olena Tsukerman, kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar perkhidmatan, berikutan kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari negara Eropah Barat. - AFP

Wednesday, 30 May 2012

Tomok Kini Bergelar Ayah


Tahniah Tomok. Tomok yang kini sudah bergelar ayah dengan kelahiran anak sulungnya lewat petang tadi. Tomok dan isteri, Ayu telah dikurniakan bayi lelaki kira-kira jam 6.03 petang tadi.
Cahaya mata yang belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 3.03 kilogram. Melalui akaun Twitternya, Tomok juga telah berkongsi wajah comel anak kesayangannya itu. 
 

Karisma Kapoor Bakal Bermadu?



Selepas menghebahkan bakal kembali dalam bidang lakonan, timbul khabar angin yang mengatakan hubungan aktres Karisma Kapoor dengan suaminya, Sanjay Kapoor sedang berantakan.

Menurut sumber, aktres itu kini tinggal berjauhan dengan suaminya, Karisma di Mumbai dan Sanjay di Delhi.

Namun, ada pula berita terbaru mengenai mereka. Khabarnya Sanjay berhasrat untuk berkahwin satu lagi dengan rakan baiknya sendiri.

“Sanjay berkawan baik dengan model dan sosialis, Priya Sachdev. Mereka kelihatan serius menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, Karisma yang hadir sewaktu promosi filem terbarunya, Dangerous Ishq enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Susu campur air longkang

MUMBAI: Polis berkata, mereka menahan dan mendakwa empat lelaki di Mumbai kerana dituduh menjual susu dicampur air longkang dalam paket plastik yang dicari di tong sampah.
Empat peniaga yang ditahan kelmarin, disyaki menjual susu tercemar sejak enam bulan lalu dan dituduh meletakkan kesihatan pembeli dalam risiko kerana menjualnya di pinggir bandar.

Akhbar Mid Day melaporkan, “Anggota polis menahan penjual susu dalam paket yang dicampur air longkang kepada pembeli.”

Anggota polis berkata, “Mereka bermain dengan nyawa pembeli, terutama kanak-kanak. Ia bukan saja tercemar tetapi ia adalah racun perlahan kepada pembeli.”


Katanya penjual itu ditahan di Vile Parle.

Jurucakap Polis Mumbai, Nisar Tamboli yang mengesahkan laporan akhbar Mid Day berkata, mereka dihadapkan di mahkamah di mana mereka menghadapi beberapa tuduhan termasuk menjual makanan atau minuman beracun dan ditahan reman sehingga 31 Mei.

Polis merampas 181 paket susu tercemar dan 160 liter susu tercemar daripada penjual itu dan sekarang menyiasat sekiranya mereka sebahagian daripada sindiket besar.

Mereka berkata, seorang daripada penjual itu sedang menyelongkar tong sampah dan mengutip paket susu, di mana mereka akan isi dengan 60 peratus susu dan 40 peratus air longkang sebelum mengedapkan paket itu dengan lilin yang dibakar.

Serbuan itu dibuat selepas mesyuarat dengan penternak lembu tenusu India bulan ini yang meminta supaya undang-undang tegas untuk membendung masalah penjualan susu tercemar kepada pengguna.

Kajian daripada pemerhati kerajaan India yang diterbitkan Januari lalu mendapati, lebih daripada dua pertiga susu di negara itu dicemari dengan bahan lain termasuk garam, bahan pencuci, serbuk susu skim, lemak, glukos dan air. - AFP

Tetak budak 2 tahun

SEREMBAN: Seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai tidak berhati perut apabila tergamak melibas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga cedera parah di beberapa anggota badan dalam serangan di sebuah rumah di Batu 9, Labu, di sini, Ahad lalu.
Selain kanak-kanak malang itu, empat sekeluarga turut menimpa nasib sama dipercayai akibat dendam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lima mangsa termasuk kanak-kanak perempuan itu parah di tangan, kepala dan badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) serta Hospital Mawar, di sini. Mangsa, K Suthenthran, 25, berkata, dalam kejadian itu, dia sekeluarga di ruang tamu sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal masing-masing bersenjatakan pedang samurai dan sabit. “Tanpa perikemanusiaan, lelaki bersenjatakan pedang itu kemudian melibas anak saudara perempuan saya berusia dua tahun yang berada berhampiran pintu sebelum menyerang empat ahli keluarga termasuk saya dan dua abang.

“Ketika itu, dua lelaki berkenaan seperti dirasuk hantu dan melibas secara membabi buta hingga terkena anak saudara masih kecil,” katanya kepada Harian Metro. Katanya, seorang lagi rakan suspek yang memakai topi keledar turut melibas senjatanya menyebabkan mereka sekeluarga mengalami kecederaan pada muka, kepala dan tangan sebelum penjenayah itu melarikan diri menaiki dua motosikal diletakkan di depan rumah. “Saya tahu serangan itu bermotifkan dendam lama, namun biar menjadi rahsia antara kami. Bagaimanapun saya tidak sangka lelaki itu sanggup mencederakan kanak-kanak masih kecil,” katanya. Beliau berkata, anak saudaranya yang cedera pada muka serta mata dirawat di HTJS manakala yang lain dirawat di Hospital Mawar di sini.

Suthenthran mendakwa, mereka mengenali seorang daripada suspek dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut kes berkenaan. “Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Ugut pesta ratah isteri

KUALA LUMPUR: Dua tangannya diikat manakala mulutnya ditutup. Mangsa kemudian dipaksa menghidu serbuk putih dipercayai dadah sebelum dipukul suaminya yang juga penagih dadah.
Itu penderitaan dilalui seorang wanita berusia 22 tahun yang diperlakukan tidak ubah seperti binatang oleh suaminya berusia awal 20-an yang naik angin apabila mengesyaki isterinya berlaku curang.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin, suami mangsa turut mengugut untuk memanggil rakannya bagi merogol mangsa.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila berjaya melarikan diri ketika suaminya itu keluar rumah untuk memanggil rakannya sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.


Menurut sumber, suami mangsa yang pulang ke rumah dalam keadaan marah memaki hamun isterinya itu sebelum menuduhnya curang.

Artis lelaki yang juga pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes tipu

TAIPING: Seorang artis lelaki yang juga pelawak terkenal tanah air ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes tipu orang ramai dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjumlah hampir RM80,000.
Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tipu membabitkan acara penganjuran Taiping Fest 1 Malaysia, Sempena Tahun Melawat Perak 2012 awal Mac lalu.

Nyawa-nyawa ikan minta bantuan

LEDANG: “Sebaik tiba di rumah mangsa, saya melihat mak cik Juriah di depan pintu dengan darah terpancut keluar dari kepalanya sambil menunjukkan pak cik Reduan di dinding dapur yang meminta tolong dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” kata saksi kejadian amuk, Siti Aminah Wahab, 34.
Dalam kejadian pada jam 10.41 pagi itu, seorang warga emas, Revuan@Reduan Harun, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditetak bertubi-tubi di badan dan kepala oleh seorang gadis berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Parit Kerinci di sini, semalam.

Isteri mangsa, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, parah selepas ditetak di kepala oleh gadis terbabit yang tiba-tiba datang ke rumah warga emas itu.
Siti Aminah berkata, ketika kejadian, dia berada di dapur rumahnya kira-kira 200 meter dari rumah mangsa dan mendengar suara orang meminta tolong.

Menurutnya, jeritan meminta tolong itu berlarutan hampir 10 minit sebelum ibu saudaranya meminta dia melihat apa yang berlaku. Katanya, dia menunggang motosikal dan berhenti di depan rumah mangsa sebelum melihat Juriah berlumuran darah.

“Ketika itu, tiada orang lain di rumah melainkan pasangan warga emas itu dan pintu rumahnya terbuka.

“Saya melihat mak cik Juriah cuba berjalan ke pintu depan, namun keadaannya amat lemah.

“Mulutnya bergerak dan cuba berkata sesuatu, tetapi suaranya serak mungkin kerana terlalu lama menjerit meminta tolong,” katanya.
Siti Aminah berkata, terkejut dengan kejadian itu dia menghubungi ambulans yang tiba 40 minit kemudian.

Suspek kemurungan menetak pasangan warga emas


LEDANG: Wanita berusia 22 tahun yang mengamuk dan menetak pasangan warga emas, Revuan@Reduan Harun, 73, dan isterinya, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, di Kampung Parit Kerinchi di sini, pagi semalam, tidak mempunyai rekod pesakit mental.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod berkaitan penyakit mental dan tidak pernah mendapatkan rawatan penyakit berkaitan.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Sawah Ring itu dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak empat tahun lalu.

Wanita berjaya lolos diri daripada penculik


PETALING JAYA: Seorang pereka aplikasi telefon pintar bernasib baik selepas berjaya melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di Mutiara Damansara, di sini, Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Menceritakan semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata, dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya.
“Saya menunggu masa sesuai untuk membuka pintu sebelum melompat keluar. Lelaki yang duduk di sebelah saya berjaya menarik saya masuk ke dalam semula.

“Bagaimanapun, pintu kereta yang terbuka memberikan saya peluang untuk terus keluar sambil bergelut dengan lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya terdengar jeritan pemandu supaya rakannya itu melepaskan saya dan membiarkan saya melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Men In Black 3 no.1 di Amerika Utara


GAMBAR oleh Sony Pictures menunjukkan Tommy Lee Jones (kiri) dan Will Smith dalam satu adegan Men in Black 3.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem daripada francais Men In Black, Men In Black 3 mengungguli carta box office sepanjang tayangan hujung minggu lalu di Amerika Utara, jelas anggaran industri perfileman kelmarin.

Menurut agensi data kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem tersebut berjaya mengutip AS$70 juta (RM221 juta) selepas empat hari ditayangkan.

Men In Black 3 diterajui dua aktor terkenal, Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai ejen rahsia yang memerangi makhluk asing yang tinggal secara haram di Bumi.
Francais tersebut mengetepikan filem The Avengers yang jatuh ke tempat kedua dengan kutipan jualan tiket AS$46.9 juta (RM148 juta).

Secara keseluruhan, The Avengers mencatat kutipan mencecah AS$1.295 bilion (RM4.1 bilion) di seluruh dunia setakat ini.

Filem perang Battleship pula menduduki tangga ketiga dengan kutipan AS$13.8 juta (RM43.5 juta).
Di tempat keempat dengan jualan tiket AS$11.8 juta (RM37.2 juta) ialah filem komedi The Dictator yang dibintangi oleh pelawak, Sacha Baron Cohen. - AFP

13 kanak-kanak terkorban


BEBERAPA kenderaan kecemasan dilihat di luar pusat beli-belah Villagio yang terbakar di Doha kelmarin.


DOHAR, Qatar - Kementerian Dalam Negeri Qatar menyatakan, 13 kanak-kanak adalah antara sekurang-kurangnya 19 korban kebakaran sebuah pusat beli belah popular di negara Teluk berkenaan.
Angka kematian dalam kebakaran di pusat beli-belah Villagio di sini diumumkan di laman web kementerian berkenaan petang kelmarin.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Syeikh Abdullah bin Nasser Al-Thani berkata, sebahagian mangsa mati ketika pasukan penyelamat berusaha memasuki tempat jagaan harian kanak-kanak di dalam bangunan itu.
"Kami berusaha sedaya upaya tetapi apabila kami sampai di tempat kejadian, kanak-kanak terbabit telah terperangkap. Kami memohon maaf atas yang berlaku," katanya di sini.

Media tempatan dan asing melaporkan, antara mangsa yang maut termasuk empat kanak-kanak Sepanyol, seorang warga Perancis dan pasangan kembar tiga berusia dua tahun dari New Zealand.

Turut hilang nyawa dalam tragedi ngeri tersebut ialah empat orang guru dan dua petugas pertahanan awam, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Kenyataan sama menyebut, 17 orang lagi, kebanyakannya merupakan pekerja penyelamat, cedera dalam kebakaran tersebut.

Terdahulu, beberapa saksi berkata, mereka melihat asap tebal naik ke udara dari pusat beli-belah berkenaan sekitar tengah hari kelmarin.
Kementerian Dalam Negeri memberitahu, kebakaran dapat dipadamkan beberapa jam kemudian. - Agensi

15 terbunuh gempa bumi di Itali


SEBUAH bangunan runtuh di bandar Cavezzo selepas gempa bumi melanda utara Itali semalam. 


FELICE SUL PANARO, Itali - Satu gempa bumi kuat menggegarkan utara Itali semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, beberapa hari selepas rantau berkenaan dilanda gempa bumi yang membawa banyak kematian dan kemusnahan.

Angka korban tersebut disahkan oleh Pihak Berkuasa Perlindungan Awam Itali dengan pasukan penyelamat masih mencari sekitar empat atau lima orang yang dikhuatiri masih hilang.
"Saya terpaksa keluar dari bangunan, kami digegarkan dengan gempa yang kuat dan lama," kata seorang jurucakap agensi berkenaan di Mantua.
Pihak berkuasa memberitahu, bahagian utara Itali dilanda tiga gegaran dengan kekuatan hingga 5.3 pada skala Richter antara pukul 10.56 pagi hingga 11.01 pagi (waktu tempatan).

Siri gegaran tersebut menyusul selepas gempa bumi kuat bermagnitud 5.8 berlaku pada pukul 7 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Setiap bangunan di bandar ini runtuh," kata seorang anggota bomba di bandar Cavezzo kepada akhbar tempatan, Corriere della Sera.

Menurut Institut Geografi Modena, gempa bumi pertama berlaku sekitar 60 kilometer ke timur Parma dengan menyebabkan orang awam berlari ke jalan-jalan raya untuk menyelamatkan diri.
Selain Parma, gegaran turut dirasakan di bandar raya Pisa dan Venice.

Pihak berkuasa Itali memberitahu, lebih 5,000 orang telah dipindahkan dari kediaman mereka manakala kediaman sementara bagi menempatkan 4,000 mangsa bencana itu akan siap didirikan pada hari yang sama.
Gempa bumi semalam menyusul selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 melanda utara negara itu pada 20 Mei lalu yang meragut enam nyawa dan menyebabkan ribuan penduduk terpaksa bermalam di khemah-khemah sementara. - AFP

6 pendaki gagal tawan Everest


MOHID (empat dari kiri) bersama para pendaki pada majlis menyambut kepulangan mereka di Putrajaya semalam.(Gunung Everest - Gambar kecil)


PUTRAJAYA – Misi untuk menambah koleksi rekod rakyat negara ini yang berjaya menawan gunung tertinggi dunia, Gunung Everest menemui kegagalan apabila enam anggota Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia tidak dapat meneruskan pendakian ekoran berdepan dengan cuaca buruk.

Biarpun salah seorang daripada mereka, Azlan Jumaan (gambar kecil), 37, berjaya sampai sehingga kepada ketinggian 8,550 meter, hanya tinggal kira-kira 200 meter daripada puncak, pendaki tersebut diarah turun atas sebab keselamatan kerana angin bertiup kencang.

Turut sama dalam pendakian itu ialah Senun Hussain, Yuhanis Mohd. Yunus, Sheik Ibrahim Sheik Ali, Inirah Che Ishak dan Doni Sahari yang menggalas cabaran negara kali ini dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tomok dikurnia cahaya mata lelaki


BAYI sulung Tomok yang dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini petang semalam.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

"Alhamdulillah, perasaan saya tidak boleh digambarkan dan saya sangat gembira apabila dikurniakan kehadiran orang baharu dalam keluarga.
"Saya menyaksikan sendiri dari awal hingga akhir proses kelahiran cahaya mata sulung saya dan ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya.
"Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi serta isteri saya pun sihat walafiat," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Tuesday, 29 May 2012

Justin Bieber diburu polis


 MARAH...Bieber selepas bergaduh.
MANGSA...jurugambar terbabit menerima rawatan.
MANGSA...jurugambar terbabit menerima rawatan. 

LOS ANGELES: Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar.
Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan.
Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California.
Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang.

Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: “Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi.

“Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya.”

Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu.

Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular.

Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: “Saya sering mahu berkata, ‘Cukup setakat in. Saya tidak mahu lakukannya lagi.’” - DM

Mati ketika merajuk


RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk.
Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.
Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.

Tiga anjing baham mayat abang

DI SINI...Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.

KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini.
Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.

Preity Zinta cari klon


AKTRES Preity Zinta kini dilaporkan dalam misi pencarian klon seperti dirinya yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan.
Pencarian tersebut dibuat Zinta untuk memenuhi tuntutan karakter dirinya sewaktu kecil bagi filem
perdana miliknya yang berjudul Ishqk In Paris.

"Agensi saya sedang mencari kanak-kanak usia empat hingga tujuh tahun yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan untuk memainkan watak saya sewaktu kecil.
"Hakikatnya, sangat sukar untuk menemui kanak-kanak yang boleh dijadikan klon saya kerana tidak ramai yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan seperti saya," tulis Zinta dalam Twitter peribadinya.

Oleh kerana sukar mencari klon dirinya itu, Zinta turut meminta bantuan daripada para pengikutnya di Twitter.

Dia menulis: "Jika sesiapa ada mengetahui tentang kanak-kanak dengan lesung pipit pada pipi kanan dan boleh berlakon untuk menjadi saya sewaktu zaman kecil, tolong hantarkan gambar mereka ke alamat ishakqinparis.casting@gmail. com. Terima kasih."

Mawi tak popular tapi bahagia


PETANG yang penuh syahdu, diusik samar cahaya dari belakang banglo milik Asmawi Ani, 31, majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar.
Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.

"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin.
Ditanya mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu.
"Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan.

"Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan," tambah Mawi.
Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.

Ujar lelaki yang namanya meledak selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) lebih lima tahun lalu itu, dia bahagia melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya.
"Sekarang kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain," luah Mawi berukir senyuman.
Mawi bagaimanapun tidak menolak sekiranya Cahaya mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya sebagai orang seni, namun perlu disusun dan diatur kehidupannya dengan berhemat.
"Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni.

"Kalau dia mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia suka," kata Mawi yang pernah berjauhan daripada Cahaya dalam tempoh empat hari ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
ANUGERAH terindah dalam hidup Mawi dan Ekin, Cahaya Malaika. Anak sulugnya itu disifatkan sebagai tidak banyak meragam.
 
Tak popular
Raut wajah pelantun lagu Aduh Saleha itu berubah kala ditanya mengenai populariti. Dahinya berkerut.

Pernah suatu ketika juara AF3 itu meraih pelbagai anugerah dan dilimpahi rezeki tak putus-putus ketika namanya berada di puncak.
Namun kini, dia lebih akur akan perjalanan seninya yang semakin perlahan dan barangkali sudah tidak selaris dahulu.

"Saya masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan, cuma tidak sebanyak selepas saya keluar daripada AF dulu. Sekurang-kurangnya empat atau lima kali dalam masa sebulan.
"Walaupun kadar bayaran sekarang tidak seperti ketika saya popular dahulu, tapi saya masih boleh menyara kehidupan keluarga saya. Tuduhan bahawa saya sudah muflis sebelum ini tidak benar sama sekali dan Insya-Allah saya masih boleh hidup dalam bidang seni," tegasnya.
Malah, Mawi sudah membuat persediaan awal untuk menjamin kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi dan selebriti yang senantiasa menjadi bahan perhatian.
"Saya sudah bersedia dari awal-awal lagi, selain bidang nyanyian yang merupakan sumber periuk nasi, saya turut mencuba bidang penerbitan. Saya yakin bidang yang sedang saya usahakan ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang," getusnya penuh yakin.
Tambah Mawi lagi: "Selagi peminat mahukan saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan berundur."

Siapa Dapat Lisa
Sementara itu, Mawi dijadualkan keluar bersama single terbaharu berjudul Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad tidak lama lagi.
"Penggambaran klip video single itu akan dijalankan pada bulan Jun nanti bersama sebuah lagi single Siapa Dapat Lisa," singkap Mawi.
Siapa Dapat Lisa juga akan diterbitkan sebagai sebuah telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos nanti dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Telefilem terbitan syarikat milik Mawi sendiri, MW Entertainment Sdn. Bhd. itu akan dibintangi oleh anggota kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jepp), Didie Alias serta Yasmin Hani.
Mawi juga dalam perancangan menerbitkan album kumpulan Sepahtu.
Mawi dan Ekin melayan tetamu yang hadir pada majlis akikah anak sulungnya.
 
Dalam perkembangan lain, Mawi yang bekerjasama dengan Art Effect bakal merakamkan sebuah album Asma Ul-Husna yang dipecahkan kepada 10 buah lagu.
"Melodi nyanyian lagu kerohanian ini masih sama seperti yang kita dengar setiap hari cuma menariknya dipecahkan kepada beberapa track," katanya yang dijadual memulakan projek itu bersama Hafiz Hamidun pada bulan Ramadhan nanti.

Orang Asli berkhatan pada usia 20 tahun


 
PESERTA berkhatan beramai-ramai bersama pegawai Jakim, JAIP dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak di pekarangan SK Pos Raya, Simpang Pulai, Ipoh kelmarin.


IPOH - Berkhatan sering dikaitkan dengan kanak-kanak beragama Islam yang bakal menginjak ke alam dewasa.
Tetapi lain pula ceritanya di perkampungan Orang Asli Pos Raya, Simpang Pulai di sini semalam.
Ini kerana, selain 19 kanak-kanak lelaki berumur antara lapan hingga 12 tahun, majlis berkhatan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Raya itu turut disertai dua lelaki dewasa.
Guru Besar SK Pos Raya, Zahari Che Ros berkata, kedua-dua peserta dewasa itu ialah Mohamad Salleh, 20, dan Risa Ridwani, 19.
"Kesemua mereka adalah pelajar sekolah terbabit selain penduduk Orang Asli di kawasan itu yang baru memeluk agama Islam," ujarnya di sini kelmarin.

Yang di-Pertuan Agong berjaya bida WWW 5


KUALA LUMPUR - Nombor pendaftaran siri WWW yang mencatat rekod bidaan tertinggi di negara ini turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Seri Paduka yang berminat dengan nombor WWW 5 berjaya membidanya pada harga RM220,000.

WWW 1 milik Sultan Johor


KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.

Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).

Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000.

Monday, 28 May 2012

Polis disangka pencuri dibelasah sampai mati


LA PAZ (Bolivia): Sekumpulan penduduk di kawasan miskin di Bolivia yang marah, tersalah anggap seorang anggota polis mabuk sebagai pencuri dan memukulnya hingga mati.
Rosmery Guarachi, adik kepada anggota polis Rolando Guarachi, 33 memberitahu stesen televisyen ATB, semalam, “Orang ramai tersalah anggap dia sebagai penyeluk saku sebelum mengelilinginya. Mereka membunuhnya dan saya mahukan keadilan.”

Rosmery berkata, Guarachi, seorang anggota polis kastam berpangkat sarjan, berpakaian preman, mabuk apabila tersalah masuk ke sekolah yang disangka rumahnya, dan menyebabkan pengawal awam mengeluarkan amaran kepada penduduk, ada pencuri di kawasan mereka.

Katanya, dia dipukul selama dua jam di dataran awam di kawasan Achacicala.


Polis menahan empat suspek. - AFP

Lelaki bogel kunyah muka


MIAMI: Seorang anggota polis Miami menembak mati lelaki bogel yang mengunyah muka seorang lelaki lain di jalan susur keluar jalan tambak di bandar itu, kata polis dan saksi.
Akhbar Miami Herald melaporkan, bunyi tembakan didengar kira-kira jam 2 petang di susur keluar tambak MacArthur, dekat dengan pejabat akhbar itu.

Saksi berkata, seorang wanita terlihat dua lelaki bergaduh lalu menahan seorang pegawai polis yang tiba di tempat kejadian ketika lelaki bogel itu menyerang seorang lagi lelaki.

Akhbar itu memetik saksi berkata, pegawai polis mengarahkan lelaki bogel itu berundur tetapi tidak diendahkan lalu pegawai polis melepaskan tembakan.


Saksi berkata, lelaki bogel terus menyerang lelaki itu walaupun ditembak sekali dan pegawai polis itu melepaskan beberapa tembakan lagi.
Polis berkata, lelaki yang diserang itu dibawa ke Pusat Trauma Hospital Memorial Ryder. - AP

Klik Untuk Saya k... :)