RUMAH banglo seorang janda tua yang terletak tidak jauh
dari Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur telah dijual untuk mendapatkan
wang bagi diserahkan kepada anggota sindiket penipuan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Demi cinta terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika
Syarikat' yang dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup
menjual harta dan menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah
RM5 juta kepada kekasihnya itu yang merupakan ahli sindiket penipuan.
Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada
2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan
kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga
negara Afrika.
Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai
turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan
gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek
mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara
kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda.
Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.
"Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30
kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun
sindiket," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment