Jom Buat Duit

Thursday 16 August 2012

Kucing peneman lebaran

Ahmad (tengah) menerima sumbangan daripada Mohamad Zin yang mewakili Akademik Bomba dan Penyelamat Ipoh ketika berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.

IPOH – “Pakcik tinggal berdua dengan makcik. Anak tiada, anak kucing banyak,” seloroh seorang warga emas ketika menerima kedatangan rombongan Akademik Bomba dan Penyelamat Ipoh baru-baru ini.

Ahmad Osman, 84, berkata, disebabkan minat yang mendalam terhadap kucing dia dan isterinya tidak betah melihat kucing yang kesakitan, merayau-rayau dan merayu meminta makanan pasti kucing itu akan menjadi sebahagian ahli keluarganya.

Menurutnya, sehingga kini, dia mempunyai 21 kucing yang dipelihara di rumahnya sebagai peneman mereka berdua di kala kesunyian dan tiada masalah baginya untuk menyediakan makanan untuk kucing-kucing itu kerana rezeki mereka tetap ada.

“Pakcik bekas tentera tetapi hanya berkhidmat selama 12 tahun, jadi tidak dapat pencen. Pakcik hanya dapat elaun RM150 sebulan dan bantuan dari Baitul Mal sebanyak RM200, cukuplah untuk menampung kami berdua dengan sewa rumah RM35,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan bagaimanapun, disebabkan faktor usia dia telah berhenti pada tahun lalu.

Hadir sama, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohamad Zin Salleh.

Katanya, kini dia menjaga isterinya, Mah Baba, 86 yang terlantar dan tidak boleh berjalan sejak pembedahan lutut pada 2008.

“Pakcik yang menjaga segala keperluan makcik. Semua kena bantu sebab makcik dah uzur. Selepas raya mungkin pakcik akan berpindah ke Parit Buntar kerana tuan rumah mahukan semula rumah ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan raya, Ahmad tidak membuat apa-apa persiapan namun sempat bergurau akan merebus ketupat segera yang orang beri kepadanya sebagai juadah hari raya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters