Jom Buat Duit

Wednesday, 22 August 2012

Shahrizal Jaszle bertunang lepas raya

SHAHRIZAL JAZLE bakal bergelar tunang orang selepas sambutan Aidilfitri kali ini. 
SERING dihambat isu sensasi, pelakon Shahrizal Jaszle, 24, mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Redzwani Puteri, 24, selepas sambutan hari raya Aidilfitri.
Biarpun belum menetapkan tarikh sebenar majlis pertunangan yang bakal dihebahkan kepada media dan peminat, kata Shahrizal dia mahu melangsungkan majlis itu secepat mungkin.
“Saya sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Puteri memandangkan kedua-dua belah keluarga telah merestui hubungan kami.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang sebelum hujung tahun ini, sekarang saya tengah bekerja keras demi persiapan majlis itu.

“Pada mulanya kami merancang untuk berkahwin pada tahun ini tapi keluarganya mahu saya mengikut adat dan peringkat sebelum ke gerbang perkahwinan memandangkan dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya,” cerita Shahrizal yang ditemui ketika majlis berbuka puasa TV9 dan Hot FM di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis merisik telah selamat diadakan pada pertengahan Julai lalu yang hanya dihadiri keluarga terdekat. Tambah Shahrizal, dia juga kini bersedia untuk memikul beban hidup berumah tangga.
“Sudah sampai seru untuk saya berkahwin. Yang sebenarnya saya tidak pernah merancang pun, malah hubungan yang terjalin antara kami sebenarnya telah lama kerana dia kawan baik saya. Setahun mengenalinya dan kami tidak pernah bercinta.

MENGAMBIL pendekatan bijaksana, Shahrizal memastikan dirinya terhindar daripada terbabit dengan sebarang kontroversi.

“Dia tahu semua kisah mengenai saya sama ada yang baik mahupun buruk. Dia tahu saya bukan seorang kaki perempuan dan saya tidak sorok apa-apa daripadanya,” ujarnya mengenai prinsip kejujuran.

Redzwani Puteri merupakan penuntut tahun akhir ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Gadis itu pernah dikaitkan sebagai punca perpisahan Shahrizal dan pelakon sensasi Miera Liyana.

Ikut nasihat keluarga
Mengakui dirinya kini semakin kurang publisiti ekoran tiada kisah kontroversi berbanding sebelum ini, kata Shahrizal, dia kini cenderung mengikut nasihat keluarga.
“Saya sibuk menguruskan kerjaya dan penggambaran, tiada masa untuk layan kisah-kisah sensasi. Lagipun, keluarga mahukan saya lebih menjaga publisiti terutama kisah-kisah yang kurang bagus dan mencari kehidupan yang tenteram,” tuturnya yang akan tampil menerusi telefilem Raya Tanpa Wayar pada hari raya pertama pukul 12.30 tengah hari di TV9.
Tambah Shahrizal, dia juga sibuk mencari ilham untuk terlibat dalam bidang belakang tabir terutama pengarahan filem dan drama selepas ini.

Selain mahu mengarahkan sebuah filem sendiri, Shahrizal bakal muncul dalam filem Rentaz arahan Mamat Khalid termasuk sebuah drama berbahasa Hindi berjudul Harapan.
Tidak terlalu berlebih-lebih sewaktu membuat persiapan raya memandangkan dia sedang menjaga neneknya yang telah uzur, kata Shahrizal, kesederhanaan menjadi keutamaannya dan keluarga.
Bagaimanapun, sambutan Aidilfitri tetap diadakan secara bersederhana di rumah keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters