Jom Buat Duit

Sunday 26 August 2012

Almy Nadia kenal erti kawan

ALMY NADIA SHAIFUL KHAIRIL, 26, satu nama yang tidak sah jika tidak dikaitkan dengan kisah cintanya yang masih belum berhujung. Percintaan dengan jejaka tampan dari Raub, Pahang, Fizz Fairuz terlalu banyak pasang-surutnya. Sehingga hari ini, asmara yang dianyam sejak enam tahun lalu itu masih belum membayangkan mereka akan menempuh mahligai perkahwinan.
Bermula sebagai pelakon remaja yang terkenal dengan siri Dunia Baru, Almy juga sudah lama berpentas dalam bidang lakonan. Sampai ke hari ini, anak kelahiran Tapah, Perak itu semakin bijak menyusun bicara. Dia memilih untuk pasif daripada galak meluahkan banyak rasa tentang kisah cintanya yang ingin benar diketahui oleh peminat.

"Saya cuma mahu menjadi lebih tegas. Sudah banyak kisah saya jadi tatapan kerana sikap saya yang terlalu terbuka dan mengikut arus. Saya perlu lebih banyak berdiam dalam soal hati dan perasaan. Saya terpaksa dan saya harap jalan yang dipilih hari ini boleh diterima ramai," jelas Almy yang tidak mahu lagi menjaja kisah cinta bersama Fizz Fairuz yang banyak mengundang kontroversi.

STATUS FIZZ FAIRUZ
Saya memang tidak tahu untuk menyatakan keadaan sebenar tentang hubungan kami. Saya tidak mahu segala kenyataan yang diberikan boleh menimbulkan salah faham pula hingga membuatkan para peminat keliru. Segala isu yang timbul sehingga menjadi persoalan ramai akan terlerai juga satu hari nanti. Cuma, saya tidak pasti bila masa itu akan tiba

ANAK ANGKAT
Namanya Nur Afrina Darwisyah yang sudah berumur tiga tahun. Saya ambil dia ketika dia masih bayi lagi daripada seorang saudara. Kebelakangan ini memang saya agak sibuk beri tumpuan kepadanya. Kehadirannya benar-benar mengisi kehidupan saya walaupun dia terpaksa dijaga oleh ibu saya di Pulau Pinang.

TAWARAN FILEM
Memang sebelum ini saya banyak berlakon filem tapi sekarang tumpuan saya lebih kepada drama. Berlakon drama boleh mantapkan pemahaman dan kekuatan lakonan itu sendiri.

KAWAN SEJATI
Semasa saya jatuh sakit baru-baru ini, barulah saya mengenal erti kawan, kenal siapa kawan baik saya yang sebenar. Kawan kadang-kadang boleh jadi seperti air, api, angin dan tanah.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters