Jom Buat Duit

Tuesday 21 August 2012

Nicol juara Terbuka Australia

NICOL mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Australia yang berlangsung di Canberra kelmarin. 

CANBERRA, Australia - Juara bertahan, Datuk Nicol David muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Australia buat kali kedua berturut- turut selepas menumpaskan Laura Massaro pada perlawanan akhir di Royal Theatre Canberra kelmarin.
Pada final tersebut, ratu skuasy negara berjaya mengetepikan cabaran pemain England itu 17-15, 11-2, 11-6 untuk merang- kul kejuaraan ke-62 buat dirinya.

Beraksi di hadapan legenda skuasy, Hea- ther McKay dan bekas pemain terbaik dunia, Vicki Cardwell dan Michelle Martin, Nicol menunjukkan mengapa dia di- anggap pemain terhebat dunia sepanjang satu dekad ini apabila berjaya menyerap asakan untuk menumpaskan Massaro.
Bercakap kepada pemberita, Nicol berkata, dia gembira kerana dapat memenangi perlawanan tersebut dalam tiga set.

"Set pertama menguji mental dan fizikal saya. Pada set kedua saya berjaya mendapat rentak permainan dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut dalam saingan tiga set," kata Nicol.
Massaro pula berkata, dia tidak melaku- kan kesilapan pada set pertama.
"Cuma, saya tidak bernasib baik pada set pertama. Kekalahan pada set pertama menjejaskan tumpuan saya pada set kedua dan ketiga," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters