Jom Buat Duit

Monday, 20 August 2012

Nahas udara 1 Syawal, menteri agama Sudan maut

Menteri Agama Sudan, Ghazi al-Sadiq Abdel Rahim antara 32 orang terbunuh dalam nahas udara pada 1 Syawal.

KHARTOUM - Seorang menteri agama Sudan adalah antara 32 orang terbunuh dalam nahas udara di negeri Kordofan Selatan, wilayah yang berkonflik pada hari pertama bulan Syawal, pagi ini.
Laporan menyebut pesawat Antonov sedang bersiap sedia untuk mendarat di bandar Talodi, yang terletak di barat laut kira-kira 640 kilometer dari Khartoum,  kira-kira 8 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) dan tiba-tiba kedengaran letupan yang kuat.

Pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan pergunungan Nobi.
Ia dalam perjalanan dari Khartoum ke bandar Talodi, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Sudan Selatan.

Kenyataan televisyen menyebut bahawa keadaan cuaca telah menghalang ia daripada mendarat dalam percubaan pertama dan kemudian terhempas di kawasan pergunungan.
Turut terbunuh dua menteri kerajaan negeri dan seorang pemimpin parti politik. Pesawat awam itu turut membawa beberapa pegawai tentera.

"Kesemua mereka yang berada dalam pesawat maut," kata jurucakap Lembaga Penerbangan Sudan, Abdelhafiz Abdelrahim.
Kesemua mereka menuju ke wilayah selatan itu sempena cuti Aidilfitri.
Antara mereka yang terbunuh terdiri daripada:

- Menteri Agama, Ghazi al-Sadiq Abdel Rahim
- Pengerusi Parti Keadilan, Makki Ali Balayil
- Menteri Belia dan Sukan Negeri, Mahjub Abdel Rahim Tutu
- Menteri Pelancongan, Antik dan Hidupan Liar Negeri, Issa Daifallah
- Beberapa  pegawai angkatan tentera termasuk dua jeneral
- Beberapa pegawai kerajaan negeri Khartoum
- Empat wakil media
- Enam anggota krew

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters