Jom Buat Duit

Wednesday, 22 August 2012

Kieran Hot FM Nafi Bercerai

Penyampai radio Hot FM, Kieran menafikan dia telah bercerai dengan isterinya, Yang Azliyang Mohd Yunus selepas empat tahun mendirikan rumahtangga. 
 
MH Online berjaya menghubungi pengacara 'Kaki Bola' ini untuk mendapatkan kenyataannya. 
 
"Sebenarnya kami masih suami isteri dan saya belum lafazkan apa-apa. Saya tidak nafikan kami memang sedang mempunyai masalah tetapi belum sampai tahap bercerai. Saya sendiri tidak tahu siapa yang menyampaikan berita ini dan bagaimana mereka boleh katakan kami sudah bercerai.
 
"Saya akui mengambil pendekatan untuk tidak tinggal sebumbung bagi mencari penyelesaian. InsyaAllah kalau ada perkembangan terbaru, saya tidak akan sembunyikan," ujar bapa kepada dua anak ini. 

MH

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)