Jom Buat Duit

Monday 20 August 2012

Obama teruskan tradisi ucapan Aidilfitri

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meneruskan tradisi mengucapkan salam Aidilfitri kepada umat Islam.
"Saya dan Michelle memanjangkan salam (Aidilfitri) kepada umat Islam di Amerika Syarikat dan juga di seluruh dunia yang menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Obama dalam kenyataan dikeluarkan oleh White House.
Di Amerika Syarikat, menurut laporan AFP, Ramadan 30 hari berakhir semalam dan disusuli dengan 1 Syawal hari ini.

Obama juga berkata, sambutan perayaan di AS mencerminkan keadaan sebenar bahawa "kepercayaan komuniti termasuk masyarakat beragama Islam memperkayakan kehidupan kebangsaan, memperkukuh demokrasi dan mempertahankan kebebasan, termasuk kebebasan beragama."
"Itu sebabnya kami berdiri bersama kesemua kepercayaan, di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia, dalam melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia universal," kata beliau yang akan bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan November ini.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters