Jom Buat Duit

Friday, 25 May 2012

Gay dan lesbian dikumpulkan, dipagar dan dibiarkan mati.


WASHINGTON: Pastor Baptis di North Carolina menyebabkan kemarahan di Internet apabila dia menyeru supaya semua gay dan lesbian dikumpulkan, dipagar dan dibiarkan mati.

Reverend Charles Worley memberikan khutbah mengecam homoseksual pada 13 Mei, iaitu Hari Ibu di Amerika Syarikat, di gereja Baptis persendirian di Maiden, sebuah pekan kecil, di North Carolina.

“Bina satu pagar besar dan tinggi, 150 atau 100 kilometer panjang, tempatkan lesbian di situ dan campak sedikit makanan untuk mereka guna kapal terbang,” kata Worley kepada jemaahnya yang disiarkan di YouTube, dan ditonton lebih 305,000 kali.

“Bina pagar elektrik untuk gay supaya mereka tidak boleh lepaskan diri dan anda tahu tak, dalam beberapa tahun lagi, mereka semua akan mati,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters