Jom Buat Duit

Wednesday 23 May 2012

Isteri Susilo paling layak bertanding


JAKARTA - Ani Yudhoyono, isteri kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dikatakan sebagai calon paling layak bertanding dalam pilihan raya akan datang, menurut Ahli Lembaga Parti Demokratik, kelmarin.

Hayono Isman berkata, isteri kepada pengasas parti itu mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang politik berbanding calon lain, walaupun Susilo pernah menegaskan ahli keluarganya tidak akan bertanding merebut jawatan presiden dalam pilihan raya akan datang.

Terdapat khabar angin mendakwa isterinya kini sedang dilatih untuk menjadi pengganti beliau.

Susilo telah menjadi presiden di negara tersebut sejak 2004 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2009, sekali gus, ia tidak melayakkan beliau untuk bertanding bagi penggal ketiga.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters