Jom Buat Duit

Thursday, 31 May 2012

Tentera rampas kapal selam dadah


ASKAR Colombia mengawal sebuah kapal selam buatan sendiri di sebuah kawasan hutan di sungai Cajambre, 64 kilometer ke pelabuhan Buenaventura kelmarin.


BUENAVENTURA, Colombia - Pihak berkuasa Colombia kelmarin memberitahu, pihaknya telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.
Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.
Kapal selam itu ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh mengangkut 10 tan lagi dadah.
Digelar kapal selam dadah atau torpedo narkotik, kenderaan air tersebut popular dalam kalangan pengedar dadah yang cuba mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
- AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)