Jom Buat Duit

Sunday, 27 May 2012

Magrina raih gelaran Miss WHF 2012


 
PEMENANG Miss World Harvest Festival 2012, Magrina (tengah) diapit pemenang tempat kedua dan ketiga, Gracia (kanan) dan Kara Karissa di Kuching semalam.


KUCHING – Gadis berketurunan Kayan dan Iban, Magrina Awing George, 19, dimahkotakan sebagai pemenang gelaran utama Miss World Harvest Festival (WHF) 2012 dengan mengalahkan 13 peserta lain di sini semalam.

Peserta yang berasal dari Miri itu membawa pulang wang tunai RM3,000, mahkota, selempang, trofi, penajaan penginapan di Hotel Grand Margherita serta hamper Nestle.
Magrina turut mendapat tajaan biasiswa dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan (Tourism) di Kolej SEGi Sarawak.

Hadiah disampaikan oleh Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang yang merupakan isteri Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.
Miss WHF 2012 ialah acara tumpuan pada WHF 2012 yang dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak di sini.

Selain Magrina peserta yang layak ke final semalam ialah Rebekah Livan Balan, 23; Corry Anak Philip, 21; Gracia Vicky Chua, 18; Helina Sarani Anak Saba, 24; Kara Karissa Simon, 23; Rachel Frankie, 22; Angelica De Rozario, 24, dan Diana Anak Kedeny, 21,

Peserta lain ialah Alfira Asmila Asmi, 20; Stephanie Yiap Ai Nee, 20; Prescilla Anak Mark, 22; Farahana Zita Anak Joes, 21; Dayang Haizum Abang Kerni, 24, dan Annie Anak Salang, 19.
Majlis diacarakan oleh Iwan Dasri dan Salleh Mohidin. Ratu Cantik Malaysia Dunia 2010/2011, Nadia Heng Min Dern menjadi salah seorang juri pertandingan ini.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)