Jom Buat Duit
Wednesday, 23 May 2012
Suasana selepas kemalangan menyebabkan landasan terpaksa ditutup sementara.
NEW DELHI - Kira-kira 14 orang disahkan maut dalam kemalangan kereta api di India, semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Pengangkutan, Anil Kumar Saxena, kemalangan melibatkan Kereta api Hampi Express yang dalam perjalanan dari Hubli ke Bangalore lalu merempuh sebuah kereta api kargo dari arah bertentangan di selatan Andhra Pradesh.
Saxena berkata, kejadian berlaku apabila pemandu keretapi penumpang itu dipercayai terlepas pandang isyarat lampu merah.
“Seramai 35 orang cedera dan dirawat di tiga hospital berdekatan, manakala pemandu kereta api terselamat namun pengsan di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut akan dilakukan serta-merta bagi mengetahui punca nahas tersebut.
Kemalangan melibatkan kereta api antara yang kerap berlaku di India dan terburuk pada Julai tahun lalu di mana kemalangan meragut 69 nyawa ketika perjalanan dari Kolkata ke New Delhi disebabkan tergelincir pada kelajuan maksimum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment