Jom Buat Duit

Wednesday 30 May 2012

Tetak budak 2 tahun

SEREMBAN: Seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai tidak berhati perut apabila tergamak melibas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga cedera parah di beberapa anggota badan dalam serangan di sebuah rumah di Batu 9, Labu, di sini, Ahad lalu.
Selain kanak-kanak malang itu, empat sekeluarga turut menimpa nasib sama dipercayai akibat dendam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lima mangsa termasuk kanak-kanak perempuan itu parah di tangan, kepala dan badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) serta Hospital Mawar, di sini. Mangsa, K Suthenthran, 25, berkata, dalam kejadian itu, dia sekeluarga di ruang tamu sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal masing-masing bersenjatakan pedang samurai dan sabit. “Tanpa perikemanusiaan, lelaki bersenjatakan pedang itu kemudian melibas anak saudara perempuan saya berusia dua tahun yang berada berhampiran pintu sebelum menyerang empat ahli keluarga termasuk saya dan dua abang.

“Ketika itu, dua lelaki berkenaan seperti dirasuk hantu dan melibas secara membabi buta hingga terkena anak saudara masih kecil,” katanya kepada Harian Metro. Katanya, seorang lagi rakan suspek yang memakai topi keledar turut melibas senjatanya menyebabkan mereka sekeluarga mengalami kecederaan pada muka, kepala dan tangan sebelum penjenayah itu melarikan diri menaiki dua motosikal diletakkan di depan rumah. “Saya tahu serangan itu bermotifkan dendam lama, namun biar menjadi rahsia antara kami. Bagaimanapun saya tidak sangka lelaki itu sanggup mencederakan kanak-kanak masih kecil,” katanya. Beliau berkata, anak saudaranya yang cedera pada muka serta mata dirawat di HTJS manakala yang lain dirawat di Hospital Mawar di sini.

Suthenthran mendakwa, mereka mengenali seorang daripada suspek dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut kes berkenaan. “Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berdekatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters