Anggota polis menjalan pemeriksaan ke atas seorang pelacur.
DAMANSARA – Dua lelaki yang asyik bercumbu dengan dua pelacur Vietnam
dalam keadaan berbogel tersentak selepas bilik mereka diterjah oleh
sepasukan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu
Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor petang tadi.
Hasil serbuan di dua premis berlesen yang berselindung di sebalik pusat
rawatan muka dan badan di Desa Aman Puri itu kemudiannya menemui
puluhan kondom yang disembunyikan di dalam cawan dan satu kondom yang
telah digunakan.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, enam
wanita warga asing terdiri daripada Vietnam (5) dan Thailand (1) berumur
18 hingga 30 tahun dua penjaga dan dua pelanggan ditahan
“Operasi ini dilakukan berdasarkan risikan selama sebulan dan
berdasarkan lesen kedua-dua sudah beroperasi sejak tiga tahun namun
premis itu menawarkan khidmat seks pada kadar harga RM 168. untuk tempoh
sejam,” katanya
Difahamkan ke semua wanita warga asing yang ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial
“Premis ini telah menyalahgunakan lesen pusat kecantikan dan penjagaan
kesihatan yang dikeluarkan dan kita akan minta pihak berkuasa tempatan
menarik balik lesen kedua-dua premis ini,” katanya.
Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa IPK Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Tindakan diambil di bawah Seksyen 372, dan 373 kerana terlibat dalam
aktiviti pelacuran dan 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan
menyalah gunakan pas lawatan sosial.
Pelacur warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua buah premis di Desa Aman Puri, petang semalam.
No comments:
Post a Comment