Jom Buat Duit

Sunday, 27 May 2012

G.NA putus cinta kerana seksi


PENYANYI Korea Selatan, Gina Jane Choi atau dikenali sebagai G.NA, buat pertama kalinya berkongsi dengan peminat mengenai sebab dia putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Dalam sebuah rancangan yang disiarkan dalam saluran MBC TV, G.NA menjelaskan, hubungan cintanya selama lima tahun tidak dapat bertahan setelah dia dan kekasihnya sering bertengkar.

"Saya begitu dikenali ketika di sekolah tinggi kerana menjadi ketua kumpulan sorak. Saya putus cinta dengan teman lelaki kerana saya dan dia mempunyai pendapat yang berbeza. Dia tidak suka jika saya berpakaian menjolok mata.

"Jika saya berpakaian terlalu ringkas seperti baju-T ketat dan jean, dia kata terlebih seksi pula. Banyak yang saya tidak boleh pakai. Semua gadis sebenarnya layak untuk berpakaian seksi sebegitu, tetapi pendapatnya sangat berbeza," terang G.NA.

Oleh sebab itulah dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelaki yang dirahsiakan identitinya.
Kini G.NA berasa bebas untuk terus berpakaian mengikut kesukaannya kerana tiada lagi orang yang akan menegurnya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters