Violet D’Mello diheret salah satu daripada dua ekor harimau bintang di Taman Krangga Kamma, Port Elizabeth, Afrika Selatan minggu lalu.
PORT ELIZABETH – Percutian bagi seorang pelancong British di Afrika
Selatan bertukar ngeri minggu lalu apabila dia, yang cuba menyelamatkan
seorang gadis dari dibaham, nyaris maut diserang haiwan itu.
Violet D’Mello, 60, dari Aberdeen berkata, dia berdepan dengan ambang
maut di Taman Krangga Kamma, Port Elizabeth, ketika mengunjungi taman
itu bersama keluarganya.
Ketika menceritakan pengalamannya kepada Herald Online, D’Mello
berkata, dia bersama satu lagi keluarga berhasrat untuk mengambil gambar
secara dekat bersama haiwan tersebut, dari ruang sangkar.
Tiba-tiba, salah seekor harimau bintang melarikan seorang budak perempuan daripada keluarganya.
D’Mello berkata, selepas kanak-kanak perempuan dibebaskan, adik
lelakinya berusia tujuh tahun pula berlari ke arah harimau bintang.
“Ketika saya cuba menghalang dia, sesuatu menerkam saya dari belakang,” katanya dipetik BBC.
Ketika seorang kakitangan taman itu cuba menarik harimau bintang, seekor lagi cuba menyerang wanita emas itu.
“Peristiwa tersebut bagaikan mimpi ngeri bagi saya, keluarga yang lain
teruja untuk mengambil gambar pada awalnya, namun kejadian menjadi
bertambah serius dalam masa yang singkat,” katanya lagi.
D’Mello cedera di bahagian kepala, perut dan kaki dalam kejadian itu, yang dialami ketika bercuti bersama suaminya.
Suami D’Mello, Archibald memberitahu, isterinya terpaksa menerima
banyak jahitan di paha dan percaya ia akan meninggalkan parut teruk.
Dia juga berkata, ketika kejadian isterinya tidak mempunyai sebarang
senjata hingga ada orang dari luar menghulurkan kayu untuk menghalang
harimau bintang itu dari terus menyerangnya.
Isterinya kehilangan banyak darah kerana cedera di kepala dan terpaksa
menghabiskan masa 48 jam di katil akibat kejadian ngeri tersebut.
Taman tersebut kini ditutup kepada kunjungan orang ramai bagi memudahkan proses siasatan dikendalikan.
No comments:
Post a Comment