Jom Buat Duit

Saturday 26 May 2012

3 nanas dalam satu tangkai

Gambar Hiasan

PONTIAN: Seorang guru besar terkejut apabila mendapati sebatang pokok nanas ditanamnya bukan saja tumbuh segar, malah mengeluarkan satu tangkai mempunyai tiga biji nanas.
Jalal Tumijan, 59, dari Kampung Tenggayun, Mukim Rimba Terjun di sini, berkata, keanehan pokok nanas madu atau lebih dikenali ‘Nanas 36’ yang masih tumbuh segar menunggu matang di kebunnya membuktikan kebesaran Allah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Rambai, Rambah di sini, berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung.
“Saya mula menyedari kejadian itu ketika ingin membersihkan persekitaran pokok berkenaan sebelum terlihat satu pokok nanas mempunyai tiga biji.

“Hairan melihat keanehan itu, saya mencacak beberapa dahan pokok kelapa sawit di sekelilingnya bagi mengelak ia dirosakkan haiwan.

“Beberapa penduduk yang pelik dengan kelakuan saya itu, datang bertanya sebelum masing-masing terpegun melihat pokok nanas itu.

“Ini kerana, mereka tidak pernah melihat pokok seperti itu termasuk mereka lebih tua daripada saya,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat melihat sendiri kejadian itu dan berniat untuk berkongsi rezeki berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters