Jom Buat Duit
Wednesday, 23 May 2012
Bayi penerima jantung tiruan paling kecil
ROME: Doktor Itali memasukkan jantung tiruan terkecil ke atas bayi berusia 16 bulan, Mac lalu, sebelum dia menerima organ derma kekal, kata pegawai Hospital Bambino Gesu, semalam.
Menurut Antonio Amodeo, ia adalah jantung tiruan terkecil pernah diimplan kepada manusia.
“Pam titanium itu hanya seberat 11 gram dan boleh menampung aliran darah sehingga 1.5 liter seminit,” katanya.
Amodeo berkata, ia digunakan dalam kes kecemasan untuk bayi terbabit yang mengalami jangkitan serius pada alat yang digunakan sebelum ini,” katanya. Melalui alat itu, bayi terbabit bertahan selama 13 hari sebelum menerima jantung sebenar yang didermakan pihak lain. “Selepas lebih sebulan, kesihatan bayi itu baik,” katanya. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment