FINALIS Miss World Harvest Festival
2012 menyertai pertunjukan fesyen sempena hari keluarga Perbadanan
Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sebuah hotel di Kuching malam
tadi.- GAMBAR Mohamad Gustie Noorambia
KUCHING – World Harvest Festival (WHF) 2012 yang berlangsung hari ini dijangka meriah dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung bagi mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak (SCV) sehingga esok.
Antara yang paling mendapat tumpuan sepanjang festival itu ialah pertandingan Miss WHF 2012 yang disertai oleh 14 jelitawan untuk merebut gelaran utama serta lapan gelaran subsidiari.
Gelaran tersebut ialah Miss Beautiful Eyesight, Miss Photogenic, Miss 360 Congeniality, Best Traditional Costumes, Best Catwalk, Miss Versatile, Miss SMS Favourite, Miss Talent dan gelaran utama Miss World Harvest Festival 2012.
Hari ini, para jelitawan terbabit membuat penampilan akhir dengan mengayakan pakaian tradisional kaum Iban di Panggung Budaya SCV manakala nama-nama pemenang diumumkan pada sebelah malam di Dewan Lagenda.
No comments:
Post a Comment