Zhang Ziyi dan gambar kanan merupakan pegawai tertinggi
kerajaan China, Bo Xilai. Mereka didakwa mempunyai hubungan sulit dan
telah tidur bersama sebanyak lebih 10 kali sejak tahun 2007.
NAMA aktres China, Zhang Ziyi tiba-tiba meledak pada minggu ini.
Namanya meledak bukan kerana projek filem terbaharu, sebaliknya kerana
dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan
China.
Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan
Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia
menerusi beberapa laporan di internet.
Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi
kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai
kepada satu sumber.
Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai
memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres
tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang
tahun 2007 hingga 2011.
Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi
filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan
Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan
yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks
mereka.
Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo
Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China
sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300
juta!
Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini
kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis
untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak
menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis
tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan
menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi.
Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa
ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di
lokasi penggambaran filem The Grangmasters.
Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak
dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes
tersebut selesai.
Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut.
Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu
hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia
umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini.
Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit
kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut
dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa
beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja.
Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu
seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya
melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang
bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo.
Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment