Jom Buat Duit

Wednesday, 21 December 2011

Kejayaan Amber Chia Diusia 30 Tahun

 

KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2011: Lenggang-lenggoknya ketika mengaturkan langkah tidak banyak bezanya ketika dia berada di atas laluan runway. Cantik, berkeyakinan dan tetap ramah.
Itulah dia Amber Chia, salah seorang supermodel terkenal negara yang digilap dari pertandingan Guess! Timeless Beauty 2004/2005.
Sejak itulah hidupnya berubah.

Bermula dari titik tolak itu jugalah, lensa kamera sering saja tertumpu ke arahnya. Perhatian pihak media juga tidak kurang hebatnya. Malah dek kerana populariti yang melambung tinggi, Amber Chia tidak lari dari di badai gossip nakal.
Kini, ketika usianya genap 30 tahun pada 14 Disember lalu, Amber Chia bukan sekadar peragawati tinggi lampai yang rupawan, malah dia kini sudah memilki empat cawangan akademi modeling miliknya sendiri.

Pembukaan cawangan terbaru Amber Chia Academy di pusat beli-belah Berjaya Times Square baru-baru ini diikuti tiga lagi cawangan pada masa akan datang menunjukan kesungguhannya untuk terus bergerak secara serius dalam bidang penuh cabaran ini.
"Saya bersyukur, dalam usia saya mencecah 30 tahun, saya berpuas hati dengan pencapaian yang saya perolehi. Selain pembukaan akademi sendiri, saya juga telah mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu sebelum masuk usia 30 tahun. Itu juga merupakan pencapaian terbaik buat saya.
"Mungkin resipi yang saya gunakan selama ini ialah dengan menyusun perancangan dalam hidup. Saya merancang dalam apa juga saya lakukan, termasuk dalam hal peribadi dan juga kerjaya," katanya penuh berkeyakinan.

Jelas Amber, selain merancang untuk mendapatkan status kolej untuk semua rangkaian akademi miliknya, dia juga merencana untuk memiliki cahayamata perempuan. Bukan dalam masa terdekat tetapi dalam tempoh dua tahun lagi.
Kata bekas pengasas Ford Models Supermodels of Malaysia itu lagi, perhatiannya pada masa ini ialah untuk menjadikan Asia Model Festival Awards New Face Model Search-Malaysia 2011 yang diilhamkannya sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan wajah model tempatan ke peringkat antarabangsa.

Empat pemenang utama pertandinga itu akan mewakili negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa di Korea pada 11 Januari ini.
"Memang banyak dugaan yang saya lalui sebelum mencecah 30 tahun. Ramai yang menegur cara pertuturan Bahasa Inggeris yang kurang baik dan sehingga sekarang saya masih memperbaiki cara saya berkomunikasi, walaupun saya masih banyak lagi kelemahannya.

"Ada juga yang mengatakan rumah yang saya diami sekarang bukanlah rumah saya. Sebaliknya rumah yang dibeli oleh seorang CEO bank yang pernah digosipkan dengan saya tidak lama dulu.
"Lebih mengguris hati saya lagi, apabila ada yang mengatakan, anak saya Ashton bukanlah bayi yang dilahirkan daripada hubungan perkahwinan saya bersama suami saya, Adrian Wong, padahal jika dilihat dari rupa paras saja, Ashton memang mirip suami saya.
"Tapi saya tak ambil pusing dengan semua perkara itu kerana bagi saya semua itu adalah gossip yang boleh menjatuhkan semangat saya untuk terus maju dan lihatkan sekarang hasil kerja saya hampir berjaya," katanya puas hati.

Dia berazam untuk bekerja lebih keras dan merealisasikan segala impian bukan saja sebagai model tetapi usahawan wanita yang berjaya dan disegani ramai.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters