Jom Buat Duit

Thursday 22 December 2011

Mariam dakwa sudah popular ke seluruh dunia




BEIRUT: Penyanyi Lubnan Mariam Fares menyatakan popularitinya semakin berkembang di luar rantau Arab dan kebanyakan lagunya terus diputarkan di kelab si seluruh dunia.
Mariam berkata, kejayaan itu mencetuskan iri hati terhadapnya oleh individu tertentu yang menyebarkan khabar angin dan pembohongan bagi memusnahkan reputasinya.

Menurut laman web MBC.net, Mariam menyatakan konsert dan festival yang disertainya adalah bukti kejayaan dan kemasyhuran yang dicapainya. Dia berkata, sudah menjadi kebiasaannya untuk tidak memilih lagu berkualiti rendah, tetapi menumpukan kepada lagu yang memerlukan usaha gigih untuk menjadikannya seorang yang unik.
Mariam berkata, dia suka mencabar diri sendiri dalam pemilihan lagu dan tidak membawakan lagu yang tidak bermakna dan dianggap rendah kualiti. Mariam menafikan mengalami tekanan ekoran khabar angin mengenai dirinya. Mariam menegaskan dia seorang individu yang ceria dan selalu menjalani hidup sepenuhnya. - SG

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters